Patutlah Berlin Defence menjadi pilihan GM Kramnik ketika melawan GM Kasparov dan Kramnik menang perlawanan tersebut.
Dengan menggunakan Database saya yang lama (sehingga tahun Ogos 2004), opening yang paling popular mengikut ranking adalah:
Melawan e4 adalah
1. Sicilian Scheveningen English Attack B80
2. Sicilian Richter-Rauzer B66
3. Ruy Lopez Closed Chigorin Defence C99
4. French Main Line Winawer Advance Variation C18
5. Caro-Kann Main Line Bf5 B19
Melawan d4
1. Queen’s Indian E15
2. Semi-Slav Meran System D48
3. King’s Indian E99
4. Grunfeld Russian System D97
5. Benko-Volga Gambit A59
Bagaimana pula dengan di Malaysia? Apakah bukaan yang famous (terkenal)? Berdasarkan pengalaman saya di kejohanan amatur selama ini, saya kerap berjumpa dengan opening (bukaan) yang sama. Sebahagiannya dapat saya hadapi dengan baik dengan menganalisa bukaan ini daripada 4 game (permainan) Grandmaster.
No.1 Sicilian Dragon Yugoslav Attack B77
Dengan menelaah game GM Bobby Fischer
Plan (rancangan) putih sangat mudah iaitu h4 membuka fail h untuk mengaktifkan Rook ataupun Kingside Pawn storm (ribut Pawn), Castling Queenside (Castle panjang di sebelah Queen), dan dalam sesetengah keadaan, ada taktik korbankan Rook untuk Knight musuh sepanjang h fail. Razali Hamzah @ Ng6 pernah menggunakannya semasa pertemuan kami beberapa tahun lepas di UIA. Saya banyak menang permainan melawan sicilian jenis ini dengan plan yang sama.
Bila saya menggunakan hitam, plan saya mudah iaitu dengan melambatkan gerakan h4 dengan membalas h5 dikenal sebagai Soltis Variation. Idea ini saya kongsi dengan adik Danial kita yang telah menjadikan Soltis Variation sebagai eksperimen dalam game beliau menentang adik Sumant.
Permasalahan utama opening jenis ini adalah, Pawn h putih akan sampai dahulu disebabkan Pawn g6 hitam yang terkedepan. Ini menyebabkan ianya telah menjadi kurang popular dan ramai GM memilih untuk menggunakan Sicilian Scheveningen yang dipopularkan oleh GM Kasparov. Jom kita ramai-ramai tukar kepada Sicilian Scheveningen. Tetapi masih ada sesetengah GM kelas pertama seperti GM Carlsen menggunakan Sicilian Dragon menyebabkan ramai pemain malaysia menjadikan ia sebagai bukaan kegemaran.
No. 2 Stonewall
KingsideQueen-Stonewall, ada 3 Pawn yang menyokong pertahanan King manakala Kingside 2 Pawn. Ramai GM memilih King-Stonewall disebabkan Piece (Queen, Rook, Bishop, Knight) mudah ke Kingside untuk mempertahankan King.
Ada sesuatu yang saya perasan tentang pengguna Queenside Stonewall, biasanya mereka menggunakan bukaan 1.Nf3 iaitu Reti opening 2.c4 menyerupai English-Sicilian sebelum mengatur formasi Pawn e4, d3, c4 mengikut kesesuaian. Ini lebih bertindak sebagai surprise (kejutan) untuk pihak musuh. Antara yang sering melakukan gerakan sedemikian tidak lain dan tidak bukan Timbalan Presiden Haslindah dan pengamal-pengamal Reti-Stonewall yang lain.
Saya pernah mencuba bukaan ini tapi tidak pernah berjaya walaupun pemain seperti CM Fadli @ Stonemaster dan Shamsuddin @ FireyRook mencadangkan bukaan ini. Ini disebabkan salah satu Bishop akan terkunci. Untuk mengeluarkannya, terpaksa memakan banyak langkah. Saya selaku pengguna Bishop yang tulen amat membenci bukaan ini bilamana saya langsung tidak pernah menang. Setakat ini rekod saya melawan bukaan jenis ini adalah 5 menang kalah 1. Rekod saya menggunakan bukaan ini adalah 2 kalah dan tiada menang menyebabkan saya langsung mengenepikan ia dari repertoire(senarai kegemaran) saya.
Bagaimana mengalahkan Stonewall? Saya harus berterima kasih kepada Kamaluddin Yusof yang menyembelih Stonewall saya sebanyak 2 kali, iaitu dengan memecahkan formasi Pawn yang ada.
Tetapi ini bukanlah stail (citarasa) saya, plan saya menyembelih Stonewall sangat mudah.
- Kuasai ruangan seluas-luasnya dengan objektif Pawn storm (ribut Pawn) menyerang flank (tepi) musuh. Kalau musuh guna Queen-Stonewall, saya serang Kingside, kalau musuh guna King-Stonewall, saya serang Queenside.
- Exchange Knight-Knight musuh (sebab sifat stonewall yang tertutup, hanya Knight boleh bergerak dengan baik dan Bishop langsung terkandas di belakang Pawn)
- Aktifkan Piece yang ada sehingga maximum dengan objektif cuba untuk menghasilkan passed Pawn (Pawn terlepas:ayat penulis). Dalam posisi tertutup, dengan menguasai ruang yang sedia ada, kebiasaannya ia menentukan menang dan kalah.
Dibawah adalah game saya melawan seorang pemain amatur Ryhanna semasa Pertandingan Amatur Stonemaster di DATCC beberapa bulan lepas (jangan kecil hati ye Ryhanna. Sekadar untuk berkongsi) menggunakan ketiga-tiga plan diatas. Seingat saya, saya berjaya menyembelih stonewall sebanyak 3 kali dengan hanya menggunakan plan di atas. Selebihnya saya menang sebab saya menguasai Bishop ending (antaranya semasa game terakhir saya di Rapid Chess Ampang beberapa bulan lepas).
Planning saya di posisi ini cukup mudah, kuasai b fail menggunakan Rook. Exchange Rook dan Queen musuh. Aktifkan Rook yang tinggal dan serang Pawn a dan c musuh. Hasilnya kita akan mendapat passed Pawn a dan c. Ending yang cukup mudah untuk kita menang. Inilah hasilnya!
Plan berikutnya adalah exchange Rook yang tinggal (dan Bishop jika boleh) dan akhir sekali aktifkan King. Menjadikan Passed Pawn menjadi Queen.
Komen
Pada pendapat saya, antara kelemahan utama pengguna amatur stonewall, mereka semacam ‘menyayangi Knight’ berbanding Bishop. Dengan tiada Knight, mereka seperti ‘mati akal’. Dan ini adalah kelemahan yang cukup besar. Lebih-lebih lagi kebanyakan pemain amatur 1400 kebawah mempunyai ending asas yang lemah. Pada hemat mereka, dengan mempunyai asas taktik (hasil daripada puzzle) yang baik @ banyak, mempunyai kefahaman opening yang baik sudah cukup untuk bermain dengan baik.
Hakikatnya seperti GM Capablanca katakan, ramai pemain amatur belajar tentang opening melebihi ending, belajar asas taktik daripada puzzle kurang memberikan kebaikan sebab ia jarang keluar semasa permainan sebenar (inilah sebab utama saya berpusing-pusing pada kekuatan 1300 satu ketika dahulu. Pemahaman yang salah, cara berfikir yang salah!) dan akhir sekali, Bishop lebih gagah berbanding Knight dalam banyak situasi. Kebiasaannya, selepas saya exchange Knight mereka, saya yakin tidak akan kalah.
Taktikal akan wujud dengan banyak sekiranya minor piece (Bishop-Kuda) dan major piece (Queen-Rook) masih banyak. Tetapi semakin kurang piece tersebut, semakin kuranglah taktikal yang wujud. Jadi plan saya cukup mudah, untuk mengelakkan blunder (kesilapan) taktikal, saya cuba untuk exchange buah sebanyak mungkin mengikut kesesuaian. Jadi tidak payah untuk menghafal taktikal yang banyak, cukup sekadar yang asas dan pengetahuan asas ending yang kukuh sudah memadai untuk peringkat amatur.
Sekian terima kasih. Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan. Post berikutnya, ending (penamat) semasa Rapid Chess Ampang.
2 ulasan:
SAYA RASA ANDA MENANG GAME INI KERANA HITAM BERMAIN TERLALU PASIF, NORMALLY PEMAIN STONEWALL AKAN CUBA MELANCARKAN SERANGAN DIBAHAGIAN KINGSIDE TERHADAP KING PUTIH BERSESUAIAN PAWN STRUCTURE HITAM YANG LEBIH MENJURUS KE ARAH SEBELAH KING SIDE AREA. ITS NOT FAIR TO CLAIM MENYEMBELIH STONEWALL KERANA GAME INI TIDAK MENUNJUKKAN CARA SEBENAR BERMAIN STONEWALL.
ya betul...itu tidak dapat dinafikan...terima kasih atas ulasan...dan itu cadangan yang baik...hitam perlu bermain dengan aktif...
mungkin pada hemat saya pergerakan Bc8-d7-e8-h5 hitam adalah untuk exchange bad bishop beliau ataupun untuk membantu menyerang kingside. Ternyata ianya membuang terlalu banyak tempo!!!...selepas gerakan hitam fxe4, sepatutnya dia menggunakan sebaik-baik f fail yang terbuka luas untuk beliau...ini boleh diiring dengan pawn storm g5, h5. Tetapi beliau terlalu risau dengan Queenside beliau.
Mungkin beliau tidak menggerakkan pawn g5, h5 disebabkan. Peraturan lama 'jangan gerakan pawn depan King yang telah castle'. Peraturan ini boleh di'langgar' sebab. Pawn Tengah Tertutup 'Pawn Center Closed'. Automatik gerakan g5, h5 boleh dilakukan. Semua ini dilakukan untuk pertahanan cara aktif dan bukannya pasif.
Andaikata berlaku exchange sekali pun, Rook dan Queen hitam dengan mudah boleh menyerang dan bertahan sepanjang f, g, h fail dan sepanjang lajur (rank) 8 dan 9.
untuk bermain aktif, hitam terpaksa keluar dari kepompong iaitu kena buka game 'open game'. Kebanyakan pemain Stonewall Amatur Malaysia tidak suka bermain 'open game'. Kerana dengan buka game saja mereka mempunyai peluang yang sama bagus dan sama baik sebab mereka terus boleh menyerang King Putih.
Terima kasih.
Kesimpulan
Bermainlah menggunakan Stonewall berserta pertahanan yang Aktif dan bukan Pasif!!!
Catat Ulasan