Isnin, 19 September 2011

1 Permulaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kesemua buku catur yang saya baca adalah dalam Bahasa Inggeris.  Sebahagian daripada rakan-rakan saya mencadangkan saya untuk menulis buku catur dalam Bahasa Melayu (pada hemat mereka saya bermain dengan cukup baik walhal kekuatan saya hanyalah rating 1500).  Mereka katakan ianya pasti akan dibeli oleh ramai orang, sebab ramai yang minat catur tetapi malangnya tidak membaca buku catur disebabkan rata-rata dalam Bahasa Inggeris.

Atas kesedaran itu, sebagai permulaan, saya bercadang untuk berjinak-jinak membuat blog, semata-mata mengasah bakat penulisan saya.  Sebarang cadangan amat dialu-alukan.

Secara kasar Blog ini akan menceritakan, membincangkan tentang Catur dalam Bahasa Melayu.  Mungkin posting permulaan  saya ada banyak Bahasa Inggeris didedikasikan semata-mata untuk Hero saya iaitu GM Leonid Stein.

Dari segi Opening (Bukaan), Middlegame (Pertengahan permainan), Endgame (Penamat), Tokoh-Tokoh, Psikologi, Kajian dan Pemerhatian saya tentang Catur Di Dunia Amnya, Di Malaysia Khususnya.

Sekian Terima Kasih
Selamat Bermain Catur

Tiada ulasan: