Sabtu, 17 Disember 2011

Bagaimana Saya Menjadi ‘Master’?

Saya sekarang bekerja sebagai juru teknik swasta bangunan di salah sebuah bangunan kerajaan hampir 2 bulan. Sambil bekerja, jika ada peluang dan masa, saya akan bermain catur dengan kawan saya Fadil. Fadil merupakan Pakar Dam Haji. Mempunyai Sijil Elektrikal A1 berkulit hitam manis, berasal dari Perak, tinggi 167 cm berat dalam 65 kg.



Rekod saya melawan Fadil adalah 99 menang 3 seri dan 10 kali menang (anggaran kasar). Semalam Fadil berjaya mengalahkan saya sebanyak 2 kali. Kebiasaannya, paling kuat pun Fadil hanya mampu menang sekali dalam sehari. Satu pencapaian yang cukup baik setelah hampir sebulan saya mengajar ending asas terutama 4 hari untuk menguasai Knight dan Bishop checkmate dan 2 Bishop checkmate.




Saya membawa sekurang-kurangnya 5 buku catur ke tempat kerja untuk dibaca diwaktu lapang. Buku berkenaan ending dan taktik 1-2 langkah yang mudah dan berkenaan planning. Saya turut membawa Set Xiangqi dan setakat ini saya berjaya ajar Bob, seorang remaja melayu bermain Xiangqi secara asas. Secara kasar, saya telah membawa budaya bermain catur ke tempat kerja saya.



Dipendekkan cerita, ramai telah mengetahui yang saya ‘sangat terer’ bermain catur. Samada dikalangan rakan-rakan juru teknik, bos-bos, jurutera-jurutera samada swasta mahupun pekerja teknikal kerajaan di tempat saya bekerja.



Ayat-ayat Fadil, Jiji, Kafi (ketua bangunan saya) yang selalu keluar. “Owh... Captain susah mau lawan, dia ‘Master’. Kita baru gerak sikit, dia dah tahu menang kalah” (Pengamatan saya terhadap struktur pawn dan ending. Cara Capablanca menilai game menang kalah umumnya berdasarkan struktur pawn dan ‘pegawai-pegawai’ yang tinggal)



Tetapi istilah ‘Master’ tersebut terbawa-bawa sehingga keluar. Sehingga disuatu masa, Jurutera Mekanikal saya iaitu Saiful bertanya “Eh Captain, kau pernah wakil Catur Malaysia ke?”



“Eh takdelah Encik Saiful!”



“Alaaaa.... kau jangan tipulah, ada banyak buku catur kau yang saya nampak. Kau ni Master nie. Saje je nak tipu, tanak bagitau. Sekarang jawab soalan saya, berapakah checkmate yang paling cepat?”



“2 Langkah”



“Eh bukan 4 ke? Seingat saya 4?”



“Takdelah. 2 Langkah. Ia dipanggil Fool’s Mate. Checkmate Bodoh. Yang 4 tue Scholar’s Mate”



“Eh ye ke? Nanti kau ajar. Kau nie dah kira ‘Master’ la nie!!!”



“Eh takdelah. Saya amatur 1500 lebih je!”



“Ahhh... Takde. Tak payah tipu”



Saya hanya mampu tersenyum saja. Perbualan kami diamati oleh staff-staff lain termasuk Assistant Manager saya iaitu Niza, seorang perempuan.



Sehari kemudian (semalam), alih-alih awek yang paling sexy di opis iaitu Maya bertanya kepada saya.



“Kau sekarang ‘tengah ambik master’ ke?”



“Eh takdelah, saya cuma ada Degree jer. Baru bercadang nak ambil master kalau berpeluang”



“Ala...jangan tipulah. Sekarang heboh budak-budak cakap kau tengah ambil ‘Master”



Saya hanya mampu tersenyum. Rasa nak tergelak pun ada.





SELAMAT MENJADI ‘MASTER’



Hahahaha


2 ulasan:

Jimmy Liew berkata...

I like reading this kind of stories. :)

Captain Planet berkata...

this is an honour for me...our first IM post at ma ordinary blog...i really appreciate it...