Rabu, 5 Oktober 2011

JURULATIH atau JURULETIH?

Mempunyai seorang Coach adalah satu cara yang paling berkesan untuk belajar apa jua disiplin.  Hal yang sama untuk Catur.  Tidak perlu Coach bertaraf dunia dan bertaraf GM.

Hakikatnya, GM Soltis menyatakan, kebanyakan Coach Terbaik Dunia adalah terdiri  daripada pemain-pemain amatur yang biasa.  GM Peter Svidler Juara Dunia yang baru hanya mempunyai coach berkekuatan IM saja iaitu IM Andrei Luykin.  Bukankah Coach terbaik di dunia iaitu Mark Dvoretzky hanya seorang IM sahaja?  (Atas sebab ini saya yakin dan percaya, seorang IM mempunyai peluang menjadi GM cuma perlu 'bekerja keras sedikit)

Juara USSR sebanyak 4 kali yang mengalahkan Lagenda seperti GM Tal, GM Keres dan GM Spassky (dari segi rekod) iaitu GM Leonid Stein seringkali menyatakan Master biasa Sokolsky adalah coach beliau yang banyak memainkan peranan penting melatih beliau menjadi GM dan Juara USSR!

Malahan GM Capablanca selalu menceritakan tentang pemain-pemain amatur yang hebat dalam buku-buku beliau.  Beliau pernah menerima nasihat amatur dalam bermain opening tertentu.  Bukankah Coach Capa yang pertama adalah ayah beliau sendiri iaitu seorang ‘amatur yang lemah’?

Bukankah Coach 3 adik beradik genius Polgar adalah seorang pemain amatur bernama Laszlo Polgar iaitu ayah mereka dan dibantu isteri yang hanya tahu bagaimana menggerakan buah.

Tetapi sekarang kita sibuk untuk mencari Coach bertaraf GM untuk melahirkan GM pertama Malaysia yang tidak timbul-timbul sehingga sekarang.

Itu belum lagi beberapa IM yang berlatih sendiri dan berjaya menjadi GM.  IM Goh Singapura telah menerima GM norm beliau hasil usaha beliau berlatih tanpa seorang coach bergelar GM.

Panjangnyalah celoteh saya kali ini, asalnya saya ingin menceritakan mengupah seorang coach catur menelan belanja yang besar tetapi berbaloi dengan hasil yang akan diperolehi.

Tetapi sesetengah peminat catur adalah miskin, tidak berkemampuan, tidak tahu berbahasa inggeris (untuk membaca buku catur), tidak boleh mencari coach yang baik (sebab tinggal di pendalaman, luar bandar, ataupun memang tiada pemain catur yang berkebolehan untuk dijadikan coach di tempat beliau).  Itu tidak termasuk sesetengah coach yang selalu bercakap sesuatu yang cukup ‘abstrak’.  ‘Owh...anda perlu berfikir dalam-dalam, 6 langkah ke hadapan barulah anda akan menang’. 

Setelah saya diteliti sendiri game saya dengan coach tersebut (setahun kemudian-lamanya!!!), beliau exchange hampir kesemua piece beliau untuk pergi ke ending yang mana beliau mempunyai struktur Pawn yang bagus (kurang pawn island) melawan saya yang mempunyai struktur Pawn yang lemah (dahlah ada 4 pawn island,  siap bertindih antara satu sama lain.  Kalau macam itulah, sekiranya saya fikir sampai 100 langkah pun saya tidak akan dapat kalahkan dia lantaran kurang pengetahuan ending yang baik.

Antara nasihat-nasihat yang hampir mustahil diberikan adalah ‘Anda kena bermain catur dengan ‘blindfold’ menutup mata.’.... ‘Anda kena belajar taktik banyak-banyak’... ‘Anda kena analisa semua dalam otak awak tanpa menggerakkan buah di papan catur.’

Apa daya saya pada ketika itu selaku seorang pemain catur semi amatur (separa amatur)?

Hakikatnya mereka hanya menjaga periuk nasi untuk tidak memberikan ‘segala-galanya’ kepada pelajar, agar pelajar datang semula belajar dengan mereka dengan bayaran.  Tapi apa salahnya beritahu saya dengan terus terang ‘Tadi awak kalah ending kalau nak saya boleh ajarkan ending pada awak!’...  Tidak mengapa, anda semua saya maafkan.

I Learn the Hard way (Saya belajar dengan cara yang susah)

Tetapi tidak semua macam itu, ada yang memberikan Tips yang cukup baik, antaranya adalah Coach Terkenal kita Ian Udani.  Saya pernah bertanya dengan beliau (semasa DATCC untuk satu kejohanan), bagaimana kaedah beliau untuk menganalisa permainan terutama untuk pemain seperti saya ‘semi amatur’.  Kalau tidak digerakkan buah, susah.  Beliau menjawab, ‘Oh thats easy, I use 2 table.  The first one the position and the second one for you to move.  Only when training’.  Kaedahnya mudah, semasa berlatih, ada 2 papan catur, yang pertama adalah posisi asal, yang kedua adalah untuk kita gerakan dalam menganalisa game tersebut.  His Two Golden Cent without me to pay.  Nasihat yang telus dan jujur tanpa saya membayar apa-apa.

Bilamana saya mengingat semula kaedah ini, ianya adalah sama seperti kaedah yang GM Alekhine dan GM Fischer pernah lakukan, sering membawa ke hulu ke hilir Poket Chess untuk menganalisa game dimana jua pada bila-bila masa.

I dedicate this post for you Ian Udani!  Thank You Very Much

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kepada captain,saya fadzley salah seorang peminat catur. ingin saya bertanya,sya sekarang ini sgt memerlukan sorang "sparing partner" untuk memperbaiki semula tahap game saya.boleh tak cadangkan dimana sya patut atau captain sendiri ada kawan2 yang terdekat area kl nih untuk sya join mereka..sebarang pertanyaan boleh email sya secara terus di soulboyzzx@gmail.com.pandangan dari captain amat sya hargai sekian.

Captain Planet berkata...

wslm saudara fadzley...rasanya kita dari kategori yang sama...saya duduk area sri serdang...setakat ini sparring partner saya adalah kawan2 amatur di tempat kerja...dorang lebih kepada 'suka2 je'...selebihnya saya banyak membaca buku dan lawan komputer...

kalau anda mencari di area KL...saya cadangkan tidak lain tidak bukan DATCC yang sekarang dijaga oleh Abang Najib kita...semua pusat catur area lembah kelang berpaksikan tempat ini...boleh contact sendiri abang najib 0163382542 kompleks wilayah KL...

kalau area taman segar cheras...saya cadangkan hujung minggu bersama-sama dengan CM Colin...nombor contact yang ada ditangan saya adalah rakan beliau iaitu Mr Bob 0122878378...selalu bersama-sama colin memajukan sukan catur area KL dibawah nama persatuan catur KL...tahun lepas saya sempat menjadi ahli...

harap dapat membantu

Tanpa Nama berkata...

sri serdang kat mana? saya duk serdang jaya..nanti boring2 bleh la kita sparring..lama dh xmain chess..tp saya amatur jer la

Captain Planet berkata...

saya duduk kat taman sri serdang...sesiapa yang nak contact saya...silakan 0169109894...kita semua pemain amatur...hehehe...saya dah lama tak update facebook saya...!!!