Pendahuluan
Game ini adalah antara 2 pemain amatur ketika Rapid Chess Ampang. Asalnya Cik Adik kita mempunyai kelebihan masa 5 minit berbalas 2 minit dan ketika itu Queen masih ada tetapi posisi Pawn masih sama. Cik Adik kita menghabiskan masa selama 2 minit berpusing-pusing menggunakan Queen sebelum mengambil keputusan untuk Exchange Queen pergi ke Pawn Ending. Sayangnya membuang masa tanpa apa-apa hasil. Sekali lagi pada waktu kritikal, perkara yang hampir sama berlaku. Cik Adik kita berpusing-pusing pula menggunakan King. Cik Adik tidak tahu hendak buat apa, akhirnya kalah masa! Nasib baik saya ada di sana untuk menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan.
Untuk gambaran lebih jelas
Hitam bertahan dengan cukup baik, Pawn f dan c hitam merupakan sumber benteng pertahanan yang menyebabkan putih pening kepala
Putih sepatutnya menang kerana
- Ada extra Pawn
- Ada 2 Pawn Island (Pulau Pawn), manakala hitam 3
- Pawn f hitam yang double (bertindih)
- King putih aktif
- King putih hampir di tengah
- (Putih menguasai ruang yang lebih)
Plan sepatutnya adalah dengan ‘clear’ kan Pawn Kingside dan Cik Adik kita berjaya melaksanakan plan ini. Inilah hasilnya.
Posisi terakhir kritikal dan sepatutnya Cik Adik kita menang tetapi kalah sebab tiada plan! Berpusing-pusing dengan King dengan gerakan Kh6-g5-h5-h6, manakala hitam dengan gerakan Kf8-g8 mengharapkan seri 3 gerakan sama berturut-turut. Lebih-lebih lagi kedua-dua pemain mempunyai masa yang kurang seminit. Masing-masing mengharapkan menang masa!
Kemanakah King putih sepatutnya berada? Sebagai idea permulaan, kita boleh mengikut nasihat GM Capablanca untuk ending yang sama iaitu King mesti berada di hadapan Pawn!
Cik Adik kita bertanya ‘Lepas itu apa?’
Saya jawab e6 (bersedia untuk Pawn breakthru)
Abang Janggut kita membalas Ke8
Saya jawab Kg7. Menguasai petak f8 yang penting. Agar Pawn kita jadi Queen dan menghalang King hitam ke petak yang sama untuk bertahan.
Abang Janggut kita membalas fxe6
Dan langkah yang menyebabkan Abang Janggut dan Cik Adik kita terkejut adalah gerakan simple (mudah) saya iaitu f6. Pawn putih lebih awal menjadi Queen berbanding Pawn hitam! Sekaligus dengan masa kurang seminit, sesiapa pun boleh menang dengan adanya Queen.
Hakikatnya, walau apapun gerakan putih dengan Kf6, adalah pasti menang bagi putih sebab hitam akan zugzwang (terpaksa gerak dan kalah)
Cik Adik kita memberi komen ‘Sebab itu saya tanak exchange Queen, saya lemah ending’. Walhal dengan exchange Queenlah, kemenangan putih berada dalam tangan! Kesilapan beliau adalah kurang faham PERKARA PALING ASAS iaitu Pawn ending.
Sekian terima kasih. Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan