Baru-baru ini, seorang blogger tempatan ada menulis tentang Soal Jawab bersama GM Alexander Morozevich
"About training Zhu Chen, he said: "The most interesting thing is that she's Chinese. She has a totally different understanding of everything. I was learning the way Chinese people are understanding chess."
Terjemahan
'Tentang melatih Zhu Chen, dia berkata 'Yang paling menarik adalah dia seorang cina. Dia mempunyai kefahaman yang berlainan tentang kesemua benda. Saya telah belajar cara orang-orang cina memahami permainan catur'
lantaran itu, saya telah belajar Xiangqi (sudah sebulan) dengan download program percuma dengan menaip Xiangqi di wikipedia.
Selepas bermain Xiangqi, kefahaman saya tentang catur (Chess) bertambah secara mendadak.
Dengan bermain Xiangqi, saya telah belajar banyak benda, antaranya adalah:
1. Petak lemah (Weak Square). Dalam chess, ada istilah yang sama, seperti contoh kalau Bishop petak hitam telah mati, ini membawa maksud, petak hitam keseluruhannya adalah lemah, ini boleh digunakan dengan sebaik-baiknya. Tetapi di Xiangqi, ini menentukan menang dan kalah sesuatu permainan. Kuasanya umpama menguasai fail dengan 2 Rook connected (bersambung). Selama ini saya anggap hal sedemikian 'perkara kecil', hakikatnya cukup besar!.
2. Dalam buku karangan GM Kotov - How to think like Grandmaster. Ada 1 game yang dianalisa oleh GM Botvinnik (Botvinnik vs Stahlberg Moscow 1935).
Botvinnik vs Stahlberg
GM Botvinnik menyatakan, 'beliau menang game ini disebabkan kedua-dua kuda musuh yang saling bertahan antara satu sama lain adalah penyebab beliau menang sebab kedua-dua kuda ini adalah hanging (tergantung)'. Hal yang sama berlaku, saya menganggap hal sedemikian sebagai 'perkara kecil', hakikatnya ia menentukan menang kalah terutama semasa bermain Xiangqi.
3. Xiangqi mengajar kita tentang pentingnya endgame (penamat). Hal yang kebanyakan pemain amatur anggap tidak penting. Kebanyakkan pemain amatur mementingkan opening (bukaan). Ternyata ini adalah salah seperti yang dinasihatkan oleh GM Capablanca. Mula-mula sekali anda perlu berlain Endgame (Penamat) untuk bermain dengan baik.
4. Koordinasi buah catur yang harmoni. Kadang-kadang kita hanya menghantar kuda-kuda kita menyerang tanpa bantuan buah-buah lain seperti bishop dan queen. Perlu meletak mereka pada petak yang sesuai, di petak musuh yang paling lemah dan sebagainya. Hal ini hanya lebih jelas selepas saya belajar bermain Xiangqi dan melawan pemain Xiangqi yang pada hemat saya 'kuat'.
Hanya selepas saya bermain Xiangqi, kemudian saya bertukar ke catur biasa, permainan catur saya menjadi semakin laju, saya boleh lihat betapa koordinasi buah catur musuh yang lemah, dan saya cuba untuk mengambil kesempatan atas kelemahan itu.
Yang paling indah adalah, saya berjaya mengajar seorang pelajar berbangsa india untuk belajar bermain xiangqi. Nanti saya post gambar tersebut, seorang lelaki muslim yang berasal daripada sabah bermain xiangqi kepada seorang pelajar india. Gambar 1 Malaysia saya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan