Sabtu, 29 Oktober 2011

Siri Bukaan Tersohor (Famous Opening) di Malaysia

Saya perasan, ramai yang membaca posting saya berkenaan Opening (Bukaan) berbanding lain.  Semasa saya mempunyai kekuatan 1300 dahulu, saya tahu banyak variasi opening yang direcommend oleh master catur.  Antaranya Sicilian Dragon Yugoslav Attack, Giucco Piano Gambit Evans, Ruy Lopez Marshall Gambit, Caro Kann Classical 

Tetapi selepas kedua-dua castling pada gerakan yang kesepuluh.  Saya blur, tidak tahu apa yang perlu dilakukan.  Jika anda mempunyai masalah yang sama, maksudnya anda perlu belajar plan yang paling asas. 

‘Mempunyai Plan yang buruk adalah lebih baik daripada TIADA PLAN LANGSUNG’ – GM Lasker.

Atas sebab itu saya akan memperkatakan tentang Bukaan yang terkenal selalu digunakan di kejohanan di Malaysia iaitu KID AKA King’s Indian Defence (Pertahanan Raja India).

Ada terdapat 3 yang paling popular di malaysia iaitu



Variasi Petrosian (ini yang paling terkenal)
Boleh saya katakan hampir setiap kali saya bermain KID, putih selalu menggunakan variasi ini.  Ia di popularkan oleh GM Petrosian.  Dari segi statistik, ia merupakan bukaan yang memberi peluang 50-50 (statistik chessgame).  Dan ini merupakan pilihan saya sebagai hitam.  Statistik saya melawan variasi ini sebagai hitam adalah 5 menang 1 seri 1 kalah (overconfident akhirnya kalah blunder)


Variasi Samisch (kedua terkenal)
Saya jarang berjumpa variasi ini, tetapi saya letakkan disini kerana opening ini pernah diiktiraf oleh GM Fischer sebagai antara variasi terbaik putih untuk melawan hitam.  Fischer beberapa kali telah disembelih oleh variasi ini.  Saya selaku hitam sedikit gerun dengan variasi ini.  Dan dari segi statistik chessgame, sememangnya kelebihan dipihak putih, tapi pelik, ianya kurang tersohor berbanding variasi Petrosian.


Variasi Taimanov (ketiga terkenal tetapi terkenal di dunia)
Ia dikenali sebagai variasi classical.  Saya menganjurkan untuk belajar variasi classical untuk mengetahui perkara paling asas planning KID bagi pihak putih dan pihak hitam!!!

Disini saya akan menyatakan planning asas untuk variasi classical

Plan nombor 1

Kebiasaannya Pemain 1400 keatas faham tentang konsep ‘connect the dot’ istilah oleh Coach FM Weeramantry


Terang dan jelas, arah panah yang menentukan tempat yang digalakkan untuk menyerang.  Gambar di atas adalah susunan untuk French Defence.  Jadi untuk KID


Putih menyerang Queenside dan Hitam menyerang Kingside.

Plan nombor 2
Terdapat istilah ‘mine pawn chain’ atau dalam bahasa melayunya adalah ‘Meletakkan periuk api pada rantaian pawn’.  Hahaha...rasa macam lawak pun ada. 

Terdapat 2 kaedah, nombor 1 yang dipelopori oleh GM Nimzowitsch, kita perlu letak periuk api di tempat paling lemah iaitu dasarnya.  Dan nombor 2 yang dipelopori oleh GM Reti, kita perlu letak periuk api di tempat paling kuat iaitu di puncaknya.  Untuk tidak pening kepala, buat permulaan kita menggunakan Kaedah Nimzowitsch.

Hasilnya


 
Putih cuba ‘mine’ pawn d6 menggunakan pawn c5, dan disokong oleh Nd3.  Sebagai langkah bertahan, hitam pula menyokong pawn d6 menggunakan Ne8 sekaligus membolehkan laluan f fail terbuka untuk gerakan f5 ‘mine’ pawn e4 putih.  Dan sebagai langkah bertahan Nc3 telah sedia ada dan disokong pawn f3.

Sekiranya exchange (pertukaran) berlaku, kedua-dua pihak perlu bertempur dengan kedudukan formasi pawn seperti dibawah.



Ataupun Knight akan ambil alih kedudukan tersebut.



Senang cerita, KNIGHT SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!

Sehingga dilain masa!...Majulah Amatur untuk Catur

(Untuk posting berikutnya, saya akan posting planning untuk variasi Samisch dan variasi Petrosian)

Tiada ulasan: