Jay Kemah seorang lelaki berumur 29 tahun, tinggi 160cm berbadan sederhana, berat 70 kg, seorang guru di Sarawak. Asal dari kelantan dan pernah bersekolah di SMK Hamzah Machang Kelantan (ya betol...satu sekolah dengan IM nombor satu malaysia Mas). Di sekolah ini diadakan satu tugu peringatan buah Knight (saya sendiri melihatnya) untuk memperingati IM Mas yang pernah bersekolah di sana dan menjadi kebanggaan sekolah tersebut sepanjang zaman. Antara kata-kata yang selalu keluar dari orang sekeliling 'Mas umpama malaikat, juruh sangat (terlalu baik), pandai, selalu score A untuk pereksa, dan dalam catur, dia nombor satu, dan paling penting merendah diri selalu'...betapa idealnya Mas di mata masyarakat setempat.
"Kemah demo' ayat yang selalu keluar dari mulut Jay Kemah merupakan Juara Catur 2001 di kolej yang kami bersama-sama belajar (My Successor 2000-Pengganti saya 2000). Rekod saya berlawan catur dengan beliau adalah lebih kurang 50 kalah tiada menang dan seri langsung!!!!...Memang budak-budak sekolah Hamzah terer bermain catur kot hasil tempias Mas???....
Setelah bertahun-tahun tidak berjumpa...saya berjaya keep in touch dengan Jay Kemah dan mencabar beliau untuk 3 game semasa Hari Raya Puasa Tahun 2009. (Setelah saya membaca My System)...
Alhamdulillah keputusannya mengejutkan. saya menang 2 dan seri 1 selepas blunder....Dan Jay Kemah buat pertama kali terkejut dengan perkembangan ini...dan adik2 beliau (termasuk sepupu) terkejut sebab sangat jarang Jay Kemah kalah (teruk)...mereka bertanya kepada saya...'Bakpo lagu tue?'....saya jawab...saya beberapa bulan nie baca My System....Sepupu beliau yang merupakan peminat catur minta tajuk buku tersebut untuk dibeli untuk dibaca.
Ya betul, saya cuma guna sebahagian yang dinyatakan oleh Nimzowitsch...iaitu 'meletakkan periuk api di dasar rantaian pawn'....
Itulah pentingnya 'meletakkan periuk api di dasar rantaian pawn posting saya sebelum ini, siapa sangka benda sekecil ini boleh mempengaruhi permainan saya ke tahap yang 'lebih baik'!!! Mengalahkan orang yang tidak pernah saya menang...walaupun 2 kali sahaja....
sekarang dengan bangganya saya boleh berkata...'saya pernah kalahkan Jay Kemah 2 kali dan seri 1' (tanpa menyebut 50 kali kecundang...hahaha)
sehingga dilain masa
saya tinggalkan anda dengan kata-kata GM Soltis
"Amnya tetapi satu kesilapan, menganggap guru terbaik catur adalah pemain terbaik, dan hanya pemain terbaik sahaja yang boleh menyampaikan Rahsia Catur. Sebenarnya guru TERBAIK hanyalah pemain catur Amatur biasa yang mempunyai minat mendalam!!!!' -terjemahan kata-kata soltis daripada buku Rapid Chess Improvement oleh De La Maza
- Dalam Bahasa Melayu. Untuk paparan yang lebih baik, sila gunakan INTERNET EXPLORER PULA. Saya dapati, gambar2 saya sebahagian HILANG bila guna MODZILLA. Terima Kasih
Isnin, 31 Oktober 2011
Sabtu, 29 Oktober 2011
Siri Bukaan Tersohor (Famous Opening) di Malaysia
Saya perasan, ramai yang membaca posting saya berkenaan Opening (Bukaan) berbanding lain. Semasa saya mempunyai kekuatan 1300 dahulu, saya tahu banyak variasi opening yang direcommend oleh master catur. Antaranya Sicilian Dragon Yugoslav Attack, Giucco Piano Gambit Evans, Ruy Lopez Marshall Gambit, Caro Kann Classical
Tetapi selepas kedua-dua castling pada gerakan yang kesepuluh. Saya blur, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Jika anda mempunyai masalah yang sama, maksudnya anda perlu belajar plan yang paling asas.
‘Mempunyai Plan yang buruk adalah lebih baik daripada TIADA PLAN LANGSUNG’ – GM Lasker.
Atas sebab itu saya akan memperkatakan tentang Bukaan yang terkenal selalu digunakan di kejohanan di Malaysia iaitu KID AKA King’s Indian Defence (Pertahanan Raja India).
Ada terdapat 3 yang paling popular di malaysia iaitu
Variasi Petrosian (ini yang paling terkenal)
Boleh saya katakan hampir setiap kali saya bermain KID, putih selalu menggunakan variasi ini. Ia di popularkan oleh GM Petrosian. Dari segi statistik, ia merupakan bukaan yang memberi peluang 50-50 (statistik chessgame). Dan ini merupakan pilihan saya sebagai hitam. Statistik saya melawan variasi ini sebagai hitam adalah 5 menang 1 seri 1 kalah (overconfident akhirnya kalah blunder)
Variasi Samisch (kedua terkenal)
Saya jarang berjumpa variasi ini, tetapi saya letakkan disini kerana opening ini pernah diiktiraf oleh GM Fischer sebagai antara variasi terbaik putih untuk melawan hitam. Fischer beberapa kali telah disembelih oleh variasi ini. Saya selaku hitam sedikit gerun dengan variasi ini. Dan dari segi statistik chessgame, sememangnya kelebihan dipihak putih, tapi pelik, ianya kurang tersohor berbanding variasi Petrosian.
Variasi Taimanov (ketiga terkenal tetapi terkenal di dunia)
Ia dikenali sebagai variasi classical. Saya menganjurkan untuk belajar variasi classical untuk mengetahui perkara paling asas planning KID bagi pihak putih dan pihak hitam!!!
Disini saya akan menyatakan planning asas untuk variasi classical
Plan nombor 1
Kebiasaannya Pemain 1400 keatas faham tentang konsep ‘connect the dot’ istilah oleh Coach FM Weeramantry
Terang dan jelas, arah panah yang menentukan tempat yang digalakkan untuk menyerang. Gambar di atas adalah susunan untuk French Defence. Jadi untuk KID
Putih menyerang Queenside dan Hitam menyerang Kingside.
Plan nombor 2
Terdapat istilah ‘mine pawn chain’ atau dalam bahasa melayunya adalah ‘Meletakkan periuk api pada rantaian pawn’. Hahaha...rasa macam lawak pun ada.
Terdapat 2 kaedah, nombor 1 yang dipelopori oleh GM Nimzowitsch, kita perlu letak periuk api di tempat paling lemah iaitu dasarnya. Dan nombor 2 yang dipelopori oleh GM Reti, kita perlu letak periuk api di tempat paling kuat iaitu di puncaknya. Untuk tidak pening kepala, buat permulaan kita menggunakan Kaedah Nimzowitsch.
Hasilnya
Putih cuba ‘mine’ pawn d6 menggunakan pawn c5, dan disokong oleh Nd3. Sebagai langkah bertahan, hitam pula menyokong pawn d6 menggunakan Ne8 sekaligus membolehkan laluan f fail terbuka untuk gerakan f5 ‘mine’ pawn e4 putih. Dan sebagai langkah bertahan Nc3 telah sedia ada dan disokong pawn f3.
Sekiranya exchange (pertukaran) berlaku, kedua-dua pihak perlu bertempur dengan kedudukan formasi pawn seperti dibawah.
Ataupun Knight akan ambil alih kedudukan tersebut.
Senang cerita, KNIGHT SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!
Sehingga dilain masa!...Majulah Amatur untuk Catur
(Untuk posting berikutnya, saya akan posting planning untuk variasi Samisch dan variasi Petrosian)
Jumaat, 28 Oktober 2011
(Sambungan) Seni Menganalisa
Bagaimana saya mencecah National Rating 1500?
Untuk Eye for Combination, ada cadangan untuk menghafal 1500 posisi taktikal sebanyak 7 kali (Maza). Ini cadangan yang baik, tetapi kebanyakan pemain amatur inginkan penyelesaian yang mudah. Saya pernah mencuba, ianya diluar kemampuan saya. Saya tidak meneruskan latihan ini kerana hampir semua puzzle yang saya selesaikan tidak pernah keluar dalam game-game saya. Oleh sebab itu, saya mencadangkan 2 usul untuk dipertimbangkan.
Semasa Pertandingan Catur di Restoran Nelayan Jeram Pelabuhan Klang beberapa tahun lepas. Yang mana dalam kejohanan inilah saya berjaya mencecah rating kebangsaan 1500.
1. Belajar taktikal, tetapi biarlah daripada posisi yang pernah wujud dan bukan direka-reka. Saya berjaya memecah siling 1500 (daripada 1300) kerana saya menelaah 50 taktikal yang wujud dalam game GM Alexander Alekhine (saya sempat 50 puzzle). Bukan itu saja, kebanyakan puzzle taktikal Alekhine yang saya belajar, saya ‘laksanakan secara tidak sengaja’ dalam game-game saya.
Sebagai contoh Puzzle dibawah, saya terlaksanakan dalam satu game saya.
Saya berfikir selama seminit sebelum keluar di mulut saya ‘eeeeeeemmmmmmmmmmm’ yang panjang.
Soalan: Apakah gerakan yang bakal hitam lakukan???
Tips: Sila lihat Puzzle Alekhine dibawah
Roselli Del Turco-Alekhine, Semmering 1926 Sicilian Defence
Ya Betul....saya korbankan Bishop Bxd3?!!
dan inilah hasilnya...saya fork Queen dan Rook
dan gerakan yang keempat yang mengubah situasi
e6!! double attack kedua-dua Knight musuh. Dan saya menang 1 Knight.
Plan berikutnya adalah exchange Queen dan buah-buah lain dan terus pergi ke ending dengan lebih 1 buah. Plan yang cukup simple dan mudah
Semasa saya analisa guna komputer (Shredder pada ketika itu), Bishop Sac (yang saya korbankan) saya sebenarnya Blunder (Silap). Mungkin kerana lawan saya terlalu terkejut (surprise) dan tidak menyangka gerakan tersebut. Ini membawa maksud saya cuma menang sebab 'terguna' psikologi. Kira menang nasiblah ni.
Sejak hari itu, lawan akan bertegur sapa dengan saya setiap kali berjumpa di mana-mana kejohanan catur.
Hingga dilain masa. Majulah Amatur untuk Catur
Jumaat, 14 Oktober 2011
Seni Menganalisa Bahagian 1
Art of Analysis (Seni Menganalisa)
GM Kotov dalam buku beliau Play like GM (Bermain seperti GM), dia menyatakan ada 3 unsur utama dalam diri seorang GM iaitu, 1. Positional Judgement (Tahu Strategi Posisi) 2. Eye for Combination (Mahir Kombinasi) 3. Ability to analyse variation (Pandai Menganalisa).
Untuk Positional Judgement, kita perlu tahu tentang elemen-elemen posisi, cadangan yang bagus adalah dengan membaca My System oleh GM Nimzovich yang dijelaskan secara teliti. Ataupun buku GM Kotov sudah memadai.
Malahan GM Capablanca menyatakan, untuk mempunyai asas Opening yang baik, sebenarnya seseorang perlu mempunyai asas ending yang KUKUH. Ini berjaya dibuktikan oleh GM Capablanca sendiri semasa beliau mengalahkan Juara Catur Cuba iaitu Corzo tanpa membaca apa jua buku berkenaan opening. Cukuplah dengan belajar ending.
(Bersambung)
Isnin, 10 Oktober 2011
BISHOP DAN PAWN ENDING
Posisi ini adalah terhasil semasa Rapid Chess Ampang Round terakhir saya. Istimewanya ending ini kerana saya selaku hitam melawan putih yang menggunakan King-Stonewall Attack. Kami exchange piece kami dan terus ke ending iaitu Bishop ending. Mungkin juga musuh saya yakin bermain ending. Interesting (Menarik!)
Saya yakin dalam ending ini selepas membaca buku 101 Ending tips oleh IM Steve Giddin dan buku Secret of Chess Training oleh IM Mark Dvoretzky terutama subjek kegemaran saya iaitu Bishop ending.
Lawan saya pada ketika itu tidak puas hati sebab beliau merasakan beliau boleh menang game ini. Manakan tidak, Pawn beliau tinggal setapak sahaja untuk menjadi Queen!
Kelebihan putih
- 1 Pawn island, hitam ada 3
- Good Bishop (Bad Bishop hitam)
- King putih berada di hadapan Pawn hitam yang bertindih
Kelebihan hitam
- King yang lebih aktif
- Menguasai ruang yang lebih
- Bishop berada di tengah (walaupun Bad)
Plan hitam cukup senang
- Jadikan Bishop menjadi Good Bishop
- Bishop menguasai diagonal penting a8-h1
- Menghasilkan passed Pawn kedua (walaupun terpaksa korbankan Pawn)
- Dengan passed Pawn kedua, kita gunakan ‘principle of two weakness’. (Prinsip Dua Kelemahan) keatas musuh. Dengan penguasaan ruang yang lebih, ini menentukan kalah menang, pertahanan beliau akan menjadi lemah bilamana terpaksa menjaga 2 kelemahan!
- Opposite Colour Bishop (Bishop berlainan warna) majoriti akan berakhir seri. Tetapi untuk Bishop sama warna, ia menyamai Pawn ending. Majoriti keadaan samada menang atau kalah, oleh sebab itu perlu tahu plan yang sepatutnya dan KENA SENTIASA ALERT (BERHATI-HATI)
Dengan masa berbaki 3 minit seorang, plan asal saya ialah menghasilkan passed Pawn kedua di Queenside, tetapi lawan saya, yang juga seorang pemain yang baik berjaya menahan rancangan saya. Dan hasilnya adalah seperti berikut. (Putih jalan)
Bg2 (untuk exchange Bishop dan Pawn beliau menjadi Queen)
Saya jawab e2 (saya jadi Queen dulu)
Kf2 untuk menghalang Pawn e hitam dan menjaga Bishop beliau
Posisi terakhir
TAKTIK ASAS, Decoy sebab King putih terpaksa menjaga 2 kelemahan ‘Principle of Two Weakness’ . Saya jawab e1=Q dan putih resign (mengaku kalah) sebab Bxg2 (Bishop putih kecundang)
Dan saya TERUS BALIK RUMAH. Rasanya lawan saya ingin menganalisa dimana silap beliau, saya jawab ‘Ala saya menang nasib je kot!’...Ya betul, menang nasib setelah banyak membaca buku Bishop ending.
Saya dedikasikan posting kali ini untuk lawan saya yang tidak sempat menganalisa game ini bersama-sama saya.
Komen
GM Anand dan GM Capa pernah memberi tips, dalam ending, apa yang penting adalah piece anda perlu berada di posisi terbaik, dalam hal ini, Bishop saya menguasai diagonal kritikal a8-h1, King saya aktif kedepan.
Dan resepi kedua iaitu menguasai ruang yang lebih dan mempunyai 2 passed Pawn untuk aplikasi Prinsip Dua Kelemahan menentukan kemenangan.
Perlu ke saya ulang? Hanya sebab saya faham sedikit TAKTIKAL ASAS dan Ending yang ASAS beserta General Principal (Prinsip Am – Dalam hal ini, Prinsip Dua Kelemahan), rating saya yang semacam ombak dari 1300-1400-1500 turun naik selama ini, sekarang menjadi stabil. Dan saya menang lebih banyak perlawanan.
Sekian terima kasih. Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan.
Siapakah yang menang? Peristiwa sebenar!
Pendahuluan
Game ini adalah antara 2 pemain amatur ketika Rapid Chess Ampang. Asalnya Cik Adik kita mempunyai kelebihan masa 5 minit berbalas 2 minit dan ketika itu Queen masih ada tetapi posisi Pawn masih sama. Cik Adik kita menghabiskan masa selama 2 minit berpusing-pusing menggunakan Queen sebelum mengambil keputusan untuk Exchange Queen pergi ke Pawn Ending. Sayangnya membuang masa tanpa apa-apa hasil. Sekali lagi pada waktu kritikal, perkara yang hampir sama berlaku. Cik Adik kita berpusing-pusing pula menggunakan King. Cik Adik tidak tahu hendak buat apa, akhirnya kalah masa! Nasib baik saya ada di sana untuk menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan.
Untuk gambaran lebih jelas
Hitam bertahan dengan cukup baik, Pawn f dan c hitam merupakan sumber benteng pertahanan yang menyebabkan putih pening kepala
Putih sepatutnya menang kerana
- Ada extra Pawn
- Ada 2 Pawn Island (Pulau Pawn), manakala hitam 3
- Pawn f hitam yang double (bertindih)
- King putih aktif
- King putih hampir di tengah
- (Putih menguasai ruang yang lebih)
Plan sepatutnya adalah dengan ‘clear’ kan Pawn Kingside dan Cik Adik kita berjaya melaksanakan plan ini. Inilah hasilnya.
Posisi terakhir kritikal dan sepatutnya Cik Adik kita menang tetapi kalah sebab tiada plan! Berpusing-pusing dengan King dengan gerakan Kh6-g5-h5-h6, manakala hitam dengan gerakan Kf8-g8 mengharapkan seri 3 gerakan sama berturut-turut. Lebih-lebih lagi kedua-dua pemain mempunyai masa yang kurang seminit. Masing-masing mengharapkan menang masa!
Kemanakah King putih sepatutnya berada? Sebagai idea permulaan, kita boleh mengikut nasihat GM Capablanca untuk ending yang sama iaitu King mesti berada di hadapan Pawn!
Cik Adik kita bertanya ‘Lepas itu apa?’
Saya jawab e6 (bersedia untuk Pawn breakthru)
Abang Janggut kita membalas Ke8
Saya jawab Kg7. Menguasai petak f8 yang penting. Agar Pawn kita jadi Queen dan menghalang King hitam ke petak yang sama untuk bertahan.
Abang Janggut kita membalas fxe6
Dan langkah yang menyebabkan Abang Janggut dan Cik Adik kita terkejut adalah gerakan simple (mudah) saya iaitu f6. Pawn putih lebih awal menjadi Queen berbanding Pawn hitam! Sekaligus dengan masa kurang seminit, sesiapa pun boleh menang dengan adanya Queen.
Hakikatnya, walau apapun gerakan putih dengan Kf6, adalah pasti menang bagi putih sebab hitam akan zugzwang (terpaksa gerak dan kalah)
Cik Adik kita memberi komen ‘Sebab itu saya tanak exchange Queen, saya lemah ending’. Walhal dengan exchange Queenlah, kemenangan putih berada dalam tangan! Kesilapan beliau adalah kurang faham PERKARA PALING ASAS iaitu Pawn ending.
Sekian terima kasih. Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan.
Rabu, 5 Oktober 2011
JURULATIH atau JURULETIH?
Mempunyai seorang Coach adalah satu cara yang paling berkesan untuk belajar apa jua disiplin. Hal yang sama untuk Catur. Tidak perlu Coach bertaraf dunia dan bertaraf GM.
Hakikatnya, GM Soltis menyatakan, kebanyakan Coach Terbaik Dunia adalah terdiri daripada pemain-pemain amatur yang biasa. GM Peter Svidler Juara Dunia yang baru hanya mempunyai coach berkekuatan IM saja iaitu IM Andrei Luykin. Bukankah Coach terbaik di dunia iaitu Mark Dvoretzky hanya seorang IM sahaja? (Atas sebab ini saya yakin dan percaya, seorang IM mempunyai peluang menjadi GM cuma perlu 'bekerja keras sedikit)
Juara USSR sebanyak 4 kali yang mengalahkan Lagenda seperti GM Tal, GM Keres dan GM Spassky (dari segi rekod) iaitu GM Leonid Stein seringkali menyatakan Master biasa Sokolsky adalah coach beliau yang banyak memainkan peranan penting melatih beliau menjadi GM dan Juara USSR!
Malahan GM Capablanca selalu menceritakan tentang pemain-pemain amatur yang hebat dalam buku-buku beliau. Beliau pernah menerima nasihat amatur dalam bermain opening tertentu. Bukankah Coach Capa yang pertama adalah ayah beliau sendiri iaitu seorang ‘amatur yang lemah’?
Bukankah Coach 3 adik beradik genius Polgar adalah seorang pemain amatur bernama Laszlo Polgar iaitu ayah mereka dan dibantu isteri yang hanya tahu bagaimana menggerakan buah.
Tetapi sekarang kita sibuk untuk mencari Coach bertaraf GM untuk melahirkan GM pertama Malaysia yang tidak timbul-timbul sehingga sekarang.
Itu belum lagi beberapa IM yang berlatih sendiri dan berjaya menjadi GM. IM Goh Singapura telah menerima GM norm beliau hasil usaha beliau berlatih tanpa seorang coach bergelar GM.
Panjangnyalah celoteh saya kali ini, asalnya saya ingin menceritakan mengupah seorang coach catur menelan belanja yang besar tetapi berbaloi dengan hasil yang akan diperolehi.
Tetapi sesetengah peminat catur adalah miskin, tidak berkemampuan, tidak tahu berbahasa inggeris (untuk membaca buku catur), tidak boleh mencari coach yang baik (sebab tinggal di pendalaman, luar bandar, ataupun memang tiada pemain catur yang berkebolehan untuk dijadikan coach di tempat beliau). Itu tidak termasuk sesetengah coach yang selalu bercakap sesuatu yang cukup ‘abstrak’. ‘Owh...anda perlu berfikir dalam-dalam, 6 langkah ke hadapan barulah anda akan menang’.
Setelah saya diteliti sendiri game saya dengan coach tersebut (setahun kemudian-lamanya!!!), beliau exchange hampir kesemua piece beliau untuk pergi ke ending yang mana beliau mempunyai struktur Pawn yang bagus (kurang pawn island) melawan saya yang mempunyai struktur Pawn yang lemah (dahlah ada 4 pawn island, siap bertindih antara satu sama lain. Kalau macam itulah, sekiranya saya fikir sampai 100 langkah pun saya tidak akan dapat kalahkan dia lantaran kurang pengetahuan ending yang baik.
Antara nasihat-nasihat yang hampir mustahil diberikan adalah ‘Anda kena bermain catur dengan ‘blindfold’ menutup mata.’.... ‘Anda kena belajar taktik banyak-banyak’... ‘Anda kena analisa semua dalam otak awak tanpa menggerakkan buah di papan catur.’
Apa daya saya pada ketika itu selaku seorang pemain catur semi amatur (separa amatur)?
Hakikatnya mereka hanya menjaga periuk nasi untuk tidak memberikan ‘segala-galanya’ kepada pelajar, agar pelajar datang semula belajar dengan mereka dengan bayaran. Tapi apa salahnya beritahu saya dengan terus terang ‘Tadi awak kalah ending kalau nak saya boleh ajarkan ending pada awak!’... Tidak mengapa, anda semua saya maafkan.
I Learn the Hard way (Saya belajar dengan cara yang susah)
Tetapi tidak semua macam itu, ada yang memberikan Tips yang cukup baik, antaranya adalah Coach Terkenal kita Ian Udani. Saya pernah bertanya dengan beliau (semasa DATCC untuk satu kejohanan), bagaimana kaedah beliau untuk menganalisa permainan terutama untuk pemain seperti saya ‘semi amatur’. Kalau tidak digerakkan buah, susah. Beliau menjawab, ‘Oh thats easy, I use 2 table. The first one the position and the second one for you to move. Only when training’. Kaedahnya mudah, semasa berlatih, ada 2 papan catur, yang pertama adalah posisi asal, yang kedua adalah untuk kita gerakan dalam menganalisa game tersebut. His Two Golden Cent without me to pay. Nasihat yang telus dan jujur tanpa saya membayar apa-apa.
Bilamana saya mengingat semula kaedah ini, ianya adalah sama seperti kaedah yang GM Alekhine dan GM Fischer pernah lakukan, sering membawa ke hulu ke hilir Poket Chess untuk menganalisa game dimana jua pada bila-bila masa.
I dedicate this post for you Ian Udani! Thank You Very Much
Selasa, 4 Oktober 2011
Isnin, 3 Oktober 2011
Bukaan Terbaik (The Best Opening)
Bukaan yang manakah yang dikatakan terbaik? Bukaan oleh Master boleh dijadikan sebagai panduan. Kalau ada program komputer seperti Houdini, Shredder, Rybka; anda boleh melihat cadangan program ini. Ruy Lopez Berlin Defence variasi yang dipopularkan oleh Zukertort bolehlah dikatakan antara bukaan yang terbaik untuk kedua-dua pihak hitam dan putih hasil pemerhatian saya daripada program Houdini.
Patutlah Berlin Defence menjadi pilihan GM Kramnik ketika melawan GM Kasparov dan Kramnik menang perlawanan tersebut.
Dengan menggunakan Database saya yang lama (sehingga tahun Ogos 2004), opening yang paling popular mengikut ranking adalah:
Melawan e4 adalah
1. Sicilian Scheveningen English Attack B80
2. Sicilian Richter-Rauzer B66
3. Ruy Lopez Closed Chigorin Defence C99
4. French Main Line Winawer Advance Variation C18
5. Caro-Kann Main Line Bf5 B19
Melawan d4
1. Queen’s Indian E15
2. Semi-Slav Meran System D48
3. King’s Indian E99
4. Grunfeld Russian System D97
5. Benko-Volga Gambit A59
Bagaimana pula dengan di Malaysia? Apakah bukaan yang famous (terkenal)? Berdasarkan pengalaman saya di kejohanan amatur selama ini, saya kerap berjumpa dengan opening (bukaan) yang sama. Sebahagiannya dapat saya hadapi dengan baik dengan menganalisa bukaan ini daripada 4 game (permainan) Grandmaster.
No.1 Sicilian Dragon Yugoslav Attack B77
Dengan menelaah game GM Bobby Fischer
Plan (rancangan) putih sangat mudah iaitu h4 membuka fail h untuk mengaktifkan Rook ataupun Kingside Pawn storm (ribut Pawn), Castling Queenside (Castle panjang di sebelah Queen), dan dalam sesetengah keadaan, ada taktik korbankan Rook untuk Knight musuh sepanjang h fail. Razali Hamzah @ Ng6 pernah menggunakannya semasa pertemuan kami beberapa tahun lepas di UIA. Saya banyak menang permainan melawan sicilian jenis ini dengan plan yang sama.
Bila saya menggunakan hitam, plan saya mudah iaitu dengan melambatkan gerakan h4 dengan membalas h5 dikenal sebagai Soltis Variation. Idea ini saya kongsi dengan adik Danial kita yang telah menjadikan Soltis Variation sebagai eksperimen dalam game beliau menentang adik Sumant.
Permasalahan utama opening jenis ini adalah, Pawn h putih akan sampai dahulu disebabkan Pawn g6 hitam yang terkedepan. Ini menyebabkan ianya telah menjadi kurang popular dan ramai GM memilih untuk menggunakan Sicilian Scheveningen yang dipopularkan oleh GM Kasparov. Jom kita ramai-ramai tukar kepada Sicilian Scheveningen. Tetapi masih ada sesetengah GM kelas pertama seperti GM Carlsen menggunakan Sicilian Dragon menyebabkan ramai pemain malaysia menjadikan ia sebagai bukaan kegemaran.
No. 2 Stonewall
KingsideQueen-Stonewall, ada 3 Pawn yang menyokong pertahanan King manakala Kingside 2 Pawn. Ramai GM memilih King-Stonewall disebabkan Piece (Queen, Rook, Bishop, Knight) mudah ke Kingside untuk mempertahankan King.
Ada sesuatu yang saya perasan tentang pengguna Queenside Stonewall, biasanya mereka menggunakan bukaan 1.Nf3 iaitu Reti opening 2.c4 menyerupai English-Sicilian sebelum mengatur formasi Pawn e4, d3, c4 mengikut kesesuaian. Ini lebih bertindak sebagai surprise (kejutan) untuk pihak musuh. Antara yang sering melakukan gerakan sedemikian tidak lain dan tidak bukan Timbalan Presiden Haslindah dan pengamal-pengamal Reti-Stonewall yang lain.
Saya pernah mencuba bukaan ini tapi tidak pernah berjaya walaupun pemain seperti CM Fadli @ Stonemaster dan Shamsuddin @ FireyRook mencadangkan bukaan ini. Ini disebabkan salah satu Bishop akan terkunci. Untuk mengeluarkannya, terpaksa memakan banyak langkah. Saya selaku pengguna Bishop yang tulen amat membenci bukaan ini bilamana saya langsung tidak pernah menang. Setakat ini rekod saya melawan bukaan jenis ini adalah 5 menang kalah 1. Rekod saya menggunakan bukaan ini adalah 2 kalah dan tiada menang menyebabkan saya langsung mengenepikan ia dari repertoire(senarai kegemaran) saya.
Bagaimana mengalahkan Stonewall? Saya harus berterima kasih kepada Kamaluddin Yusof yang menyembelih Stonewall saya sebanyak 2 kali, iaitu dengan memecahkan formasi Pawn yang ada.
Tetapi ini bukanlah stail (citarasa) saya, plan saya menyembelih Stonewall sangat mudah.
- Kuasai ruangan seluas-luasnya dengan objektif Pawn storm (ribut Pawn) menyerang flank (tepi) musuh. Kalau musuh guna Queen-Stonewall, saya serang Kingside, kalau musuh guna King-Stonewall, saya serang Queenside.
- Exchange Knight-Knight musuh (sebab sifat stonewall yang tertutup, hanya Knight boleh bergerak dengan baik dan Bishop langsung terkandas di belakang Pawn)
- Aktifkan Piece yang ada sehingga maximum dengan objektif cuba untuk menghasilkan passed Pawn (Pawn terlepas:ayat penulis). Dalam posisi tertutup, dengan menguasai ruang yang sedia ada, kebiasaannya ia menentukan menang dan kalah.
Dibawah adalah game saya melawan seorang pemain amatur Ryhanna semasa Pertandingan Amatur Stonemaster di DATCC beberapa bulan lepas (jangan kecil hati ye Ryhanna. Sekadar untuk berkongsi) menggunakan ketiga-tiga plan diatas. Seingat saya, saya berjaya menyembelih stonewall sebanyak 3 kali dengan hanya menggunakan plan di atas. Selebihnya saya menang sebab saya menguasai Bishop ending (antaranya semasa game terakhir saya di Rapid Chess Ampang beberapa bulan lepas).
Planning saya di posisi ini cukup mudah, kuasai b fail menggunakan Rook. Exchange Rook dan Queen musuh. Aktifkan Rook yang tinggal dan serang Pawn a dan c musuh. Hasilnya kita akan mendapat passed Pawn a dan c. Ending yang cukup mudah untuk kita menang. Inilah hasilnya!
Plan berikutnya adalah exchange Rook yang tinggal (dan Bishop jika boleh) dan akhir sekali aktifkan King. Menjadikan Passed Pawn menjadi Queen.
Komen
Pada pendapat saya, antara kelemahan utama pengguna amatur stonewall, mereka semacam ‘menyayangi Knight’ berbanding Bishop. Dengan tiada Knight, mereka seperti ‘mati akal’. Dan ini adalah kelemahan yang cukup besar. Lebih-lebih lagi kebanyakan pemain amatur 1400 kebawah mempunyai ending asas yang lemah. Pada hemat mereka, dengan mempunyai asas taktik (hasil daripada puzzle) yang baik @ banyak, mempunyai kefahaman opening yang baik sudah cukup untuk bermain dengan baik.
Hakikatnya seperti GM Capablanca katakan, ramai pemain amatur belajar tentang opening melebihi ending, belajar asas taktik daripada puzzle kurang memberikan kebaikan sebab ia jarang keluar semasa permainan sebenar (inilah sebab utama saya berpusing-pusing pada kekuatan 1300 satu ketika dahulu. Pemahaman yang salah, cara berfikir yang salah!) dan akhir sekali, Bishop lebih gagah berbanding Knight dalam banyak situasi. Kebiasaannya, selepas saya exchange Knight mereka, saya yakin tidak akan kalah.
Taktikal akan wujud dengan banyak sekiranya minor piece (Bishop-Kuda) dan major piece (Queen-Rook) masih banyak. Tetapi semakin kurang piece tersebut, semakin kuranglah taktikal yang wujud. Jadi plan saya cukup mudah, untuk mengelakkan blunder (kesilapan) taktikal, saya cuba untuk exchange buah sebanyak mungkin mengikut kesesuaian. Jadi tidak payah untuk menghafal taktikal yang banyak, cukup sekadar yang asas dan pengetahuan asas ending yang kukuh sudah memadai untuk peringkat amatur.
Sekian terima kasih. Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan. Post berikutnya, ending (penamat) semasa Rapid Chess Ampang.
Langgan:
Catatan (Atom)