There is a joke: a Russian and an American were in the desert running away from a lion.
Suddenly, the American stops and starts to change his shoes.
The Russian laughs and says, "You think Adidas will help you run faster than the lion?"
"No," the American replied, "I only have to run faster than you!"
This joke describes a real chess game perfectly.
Lawak: seorang lelaki Russia dan seorang lelaki Amerika sedang melarikan diri daripada seekor Singa di tengah-tengah gurun.
Tiba-tiba lelaki Amerika itu berhenti dan mula menukar kasut
Lelaki Russia ketawa dan berkata 'Awak ingat Adidas akan bantu awak berlari laju daripada Singa?'
'Tidak' jawab lelaki Amerika tersebut, 'Saya cuma perlu berlari lebih laju daripada awak!'
Lawak ini menerangkan cara permainan catur yang sebenar!
________________
old Russian proverb: An old chess player invited his five sons to his deathbed.
He challenged them each to break one stick. The sons easily accomplished this task. The father then put all five sticks together, and challenged the eldest son to break the bundle -- and the eldest son broke them all at once over his knee.
The father's last words were: "What can I say? All your life you were stupid and you'll never learn anything."
Cerita Russia: Seorang pemain catur tua menjemput 5 anak lelaki beliau semasa tengah nazak.
Beliau mencabar mereka untuk mematahkan 1 ranting kayu. Kesemua anak lelaki beliau berjaya laksanakan tugasan tersebut. Kemudian beliau menggabungkan kelima-lima ranting kayu tersebut dan mencabar anak sulung untuk mematahkan gabungan tersebut -- anak sulung berjaya mematahkan menggunakan lututnya.
Kata-kata terakhir daripada ayahnya 'Apa yang saya boleh katakan? Kamu bodoh sepanjang hidup kamu dan kamu tidak akan belajar apa-apa jua!'
________________
When there is a Lion and Lambs in a field, we must capture the weakest lamb one and another then after that we capture the Lion with less resistance - GM Aron Nimzowitsch
Bilamana ada singa dan biri-biri di padang, kita perlu menangkap biri-biri yang paling lemah dahulu satu persatu sebelum kita menangkap Singa agar tentangan akan berkurangan
________________
When there is a Lion and Lambs in a field, we must attack the strongest Lion first. If the Lion is crush, then its easy to capture the Lambs - GM Richard Reti
Bilamana ada singa dan biri-biri di padang, kita perlu membunuh Singa yang terkuat terlebih dahulu. Sekiranya Singa tersebut mati, mudah untuk menangkap kawanan biri-biri tersebut.
________________
- Dalam Bahasa Melayu. Untuk paparan yang lebih baik, sila gunakan INTERNET EXPLORER PULA. Saya dapati, gambar2 saya sebahagian HILANG bila guna MODZILLA. Terima Kasih
Ahad, 27 November 2011
Ahad, 20 November 2011
NOMBOR!!!
Berapakah Jumlah (Nombor) ... (dot dot dot)???
1. Masa dihabiskan untuk menjadi GM?
IM Jimmy Liew menyatakan untuk menjadi Pakar dalam apa jua bidang (termasuk catur), 10 000 jam diperlukan.
Kalau 1 hari kita habiskan 10 jam (8 office hour + 2 over time) maksudnya kita memerlukan 1000 hari.
Secara kasar, sekiranya kita habiskan 300 hari 1 tahun (tolak sabtu ahad dan cuti) maksudnya kita memerlukan hampir 4 tahun diperlukan untuk menjadi GM.
Sudah cukup untuk kita habiskan mendapat Bacelor Degree!!!
Rujukan
2. Mempunyai intuisi sebaik GM Kramnik???
GM Kramnik pernah menyatakan bahawa hampir setiap bulan, beliau melihat 10 000 game agar tidak terlepas idea terkini (novelties).
Kalau 1 hari kita habiskan 10 jam, maksudnya setiap 1 jam sebanyak 33.333 game.
Secara kasar, 1 jam 30 game, 2 minit 1 game. Boleh dikatakan beliau melihat secara sepintas lalu setiap game tersebut.
Mana logik untuk meneliti 1 game dalam masa 2 minit. Andaikata kita ganda 2, 10 jam kepada 20 jam (hanya tidur 4 jam sehari). 1 game beliau telaah selama 4 minit. Ini pun tidak logik.
Bolehlah kita katakan beliau melihat game-game tersebut secara sepintas lalu, sekiranya ada idea baru (novelties) baru beliau berhenti sebentar melihat idea tersebut dan buat catatan serta ambil perhatian.
Dan tambahan paling penting, anda perlu menjadi pemain catur profesional sepenuh masa untuk mencuba kaedah tersebut!!!
Untuk peringkat amatur. Kaedah ini boleh dicuba, tapi sekadar melihat. Ini disebabkan pemain amatur tidak mampu melihat mana-mana idea baru (novelties) kerana kurang kuat (bahasa kasarnya terlalu lemah) disamping batasan masa.
Kajian menunjukkan Pemain 2800 ke atas amnya hafal 10 000 chess pattern dalam kepala mereka (seperti contoh GM Anand, Kramnik). Dan untuk GM Kasparov, GM Anand menyatakan kemungkinan Kasparov hafal 20 000 chess pattern!!!
3. Endgame perlu belajar untuk mempunyai intuisi ending ala GM Capablanca?
GM Paul Keres dalam buku beliau ‘Practical Chess Endings’ dalam bab ‘Rook ending’ dinyatakan bahawa pada zaman muda.
Capablanca habis menganalisa sebanyak 1000 rook ending untuk mempunyai kepakaran luar biasa dalam Rook ending.
Bahasa Catur ‘automatic move by hand’. Bahasa biasa – Intuisi.
GM Jozsef Pinter dalam buku ending beliau turut meletakkan 1000 posisi untuk setiap jenis ending.
Untuk pemain amatur bermain ending seperti Master. GM Soltis mencadangkan 30 posisi ending yang selalu keluar untuk setiap jenis.
CM Fadli AKA Stonemaster pula mencadangkan 100 posisi daripada Silman Complete ending sudah cukup untuk mempunyai kekuatan Master biasa. Secara kasarnya, ini menyamai nasihat Soltis (30 Rook ending, 30 Bishop vs Knight Ending, 10 Pawn Ending, 30 lain-lain Ending).
IM Giddins pernah memberikan 101 tips berkenaan ending dalam buku beliau. IM Dvoretsky mendakwa 200 posisi dan GM Portisch mendakwa 150.
4. Posisi paling penting perlu untuk mempunyai intuisi pemain kelas pertama (bukan master) malahan GM?
Dalam cerita lagenda rakyat Russia, terdapat 300 posisi yang perlu diketahui untuk menjadi pemain kelas pertama. 2/3 adalah daripada endgame dan 1/3 daripada middlegame. Dengan hafal (move by hand) 300 posisi yang kerap keluar, anda secara automatik telah ‘install’ program komputer di kepala anda.
Ini diutarakan oleh GM Alburt dalam buku beliau Chess Training Pocket Book 300 most important position and idea dan GM Rashid Ziatdinov dalam buku beliau GM RAM Essential Knowledge.
Perbezaannya adalah posisi GM Ziatdinov adalah daripada posisi pemain klasik dan GM Alburt adalah daripada posisi pemain moden. GM Ziatdinov tiada jawapan dan GM Alburt ada memberikan jawapan kepada setiap posisi. Tetapi asasnya adalah sama.
Seorang Blogger tempatan (Mohd Hafez Hilmi Harun) mencadangkan untuk menghafal (move by hand) 50 game GM untuk meng ‘install’ komputer di kepala anda. Setakat ini, saya mengaplikasi kaedah ini (menghafal 10 game GM). Permainan saya meningkat secara amnya.
5. Planning yang perlu kita ketahui dalam sesebuah opening untuk mempunyai kefahaman planning seperti Master biasa?
CM Fadli AKA Stonemaster menyatakan melalui buku How to be a Candidate Master, seorang Fide Master perlu mempunyai kefahaman 25 planning untuk sesebuah opening!!!
Hurmmm…kalau kita ada 1 opening untuk putih (samada anda pemain e4/d4/Nf4/c4) dan sebagai hitam kita perlu 1 pertahanan untuk e4 dan 1 pertahanan untuk d4.
Secara kasarnya kita perlu mempunyai 3 opening darab dengan 25 planning bersamaan dengan minimum 75 planning untuk mempunyai kefahaman planning ala Fide Master. Nilai ini menghampiri 100 planning.
6. Tactical yang perlu dihafal untuk menjadi pemain kelas pertama?
Kaedah yang telah terbukti adalah cadangan daripada De La Maza iaitu dengan melakukan 7 pusingan 1490 taktikal puzzle (hampir 1500) daripada perisian CT Art dalam masa beberapa bulan tanpa putus!!! Tetapi setelah beliau mencapai rating 2000, beliau mempunyai kesukaran untuk meningkatkan rating beliau disebabkan hal-hal tertentu!!!
Daripada buku Polgar (ayah kepada adik beradik genius Polgar-Susan, Judith, Sofia) terdapat 5334 puzzle yang perlu dihafal oleh mereka untuk menjadi ke tahap mereka sekarang!!!
7. Opening kita perlu tahu?
Buat permulaan, GM Kotov mencadangkan 1 opening sebagai putih (pilih samada e4,d4,Nf3,c4) dan 2 untuk hitam (1 untuk melawan e4 dan 1 untuk melawan d4). Jumlah keseluruhan adalah 3. Hanya bilamana mana kita sampai ke kategori pemain kelas pertama barulah kita tambah opening kita.
Komen
Setelah saya membaca banyak buku catur, secara amnya, ada terdapat 3 nombor utama untuk mahir catur iaitu 100, 300 dan 1000.
Saya membuat kesimpulan untuk permulaan mencapai pemain kelas pertama bukan master, 100 planning untuk opening (idea middle game), 100 taktikal dan 100 ending asas perlu dipelajari. (Fadli, Portisch, Silman, Giddins)
Untuk mencecah kategori Master 300 idea middle game, 300 taktikal dan 300 ending perlu dipelajari. (300 nombor Lagenda Russia, Alburt, Ziatdinov, Dvoretsky)
Dan mungkin untuk GM, perlunya 1000 (Keres, Capablanca, Pinter, De La Maza) sebab diceritakan di peringkat GM elemen psikologi banyak memainkan peranan yang penting!!!
Dan mungkin nombor berikutnya selepas itu adalah 5000 (nombor daripada polgar) dan 10 000 (nombor daripada Jimmy Liew, Kramnik, Anand dan Kasparov)
Persoalan utama bukanlah nombor!!!
Tetapi ‘Apa yang perlu dihafal, difahami dan dikaji’... Setakat ini mempunyai buku yang baik boleh dijadikan panduan!!!...sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkannya, menghafal ‘move by hand’ 100 game GM (dua kali ganda hafalan 50 game GM) merupakan satu permulaan yang bagus!!! Walaupun ‘nampak macam hampir mustahil’, tetapi boleh dilakukan!!!
GM Ziatdinov menyatakan, ‘tidak perlu faham kenapa GM melakukan gerakan tersebut, yang penting anda menghafal variasi tersebut’
Beliau nyatakan lagi ‘GM tidak menyatakan kenapa dan mengapa sesuatu gerakan dilakukan, kebiasaannya mereka akan memberikan variasi dan variasi dan variasi yang bagi pemain biasa ianya tidak memberikan apa-apa makna. Ini kerana ianya ‘automatik’ pada tahap separuh sedar GM. Ini kerana komputer mereka telah dibentuk. Ia dilakukan pun mengikut hafalan’... ‘sekali sekala semasa posisi paling kritikal barulah mereka berhenti untuk berfikir sejenak’...
Dalam bahasa biasa, anda perlu ‘install komputer anda’ dengan HAFALAN!!!
Sebagai penamat saya sertakan kenyataan GM Ziatdinov
‘Sekiranya anda tahu secara teliti dan hafal 1 game classical yang penting, anda akan boleh menjadi pemain 1400, kalau 10 game, anda akan menjadi 2200 dan jika 100 anda akan menjadi 2500’
setakat ini kenyataan 1 classical – 1400, saya berjaya buktikannya, masa tu saya hanya hafal 1 Gambit Evans secara detail (ditambah dengan faham checkmate guna Queen, Rook dan 2 Bishop)
kenyataan kedua 10 game – 2200, sedang diusahakan!!!
Selasa, 1 November 2011
Pawn Merupakan Roh Catur - Philidor
The nature of the topography plays a very important role in all army campaigns.
The placing of the center pawns determines the 'topography' of a game of chess.
By GM Alexander Kotov
Terjemahan
Bentuk muka bumi memainkan peranan yang sangat penting kepada semua peperangan.
Kedudukan pawn di tengah menentukan bentuk muka bumi permainan catur.
Oleh GM Alexander Kotov
The Greatest Warrior of All Time is come from a small island called Sulu.
They fought like Satan himself, for them Death is just Nature.
By America Greatest General of All Time – General ‘Black Jack’ Pershing.
Terjemahan
Pahlawan terbaik sepanjang zaman datang dari pulau kecil bernama Sulu.
Mereka berlawan umpama syaitan, bagi mereka mati adalah perkara biasa.
Jeneral terbaik sepanjang zaman Amerika - Jeneral 'Black Jack' Pershing.
Pada tahun 2000 di Sabah, heboh diperkatakan pada ketika itu seramai 21 orang (termasuk warga Amerika) diculik oleh kumpulan yang dinamakan Abu Sayyaf di Pulau Sipadan.
Sebagai langkah tindak balas, Filipina yang merupakan sekutu kuat Amerika menghantar seramai 500 Tentera Elit Komando untuk menggempur Kem Abu Sayyaf. Dibantu dengan 300 Tentera Elit Komando Navy Seal Amerika dan 200(ataupun 100?) Tentera Elit Komando Australia. Paparan berita mengenai serangan ini diwar-warkan di Berita 1.30 TV3.
Saya sangat terkejut dengan pengumuman itu!!!... Cuba bayangkan, menghantar 1000 Komando umpama menghantar 1000 ‘James Bond’. Bahasa Catur adalah umpama menghantar 1000 Queen untuk checkmate musuh.
Saya pun memaklumkan kepada Daddy
‘Daddy Daddy...mati’lah Abu Sayyaf....1000 tentera Elit Komando diantar untuk lawan duraaaaaang!...Konfom matilah dorang kaliniiiiii...’ ujarku dengan nada kagum dan terkejut dalam slang sabah
Pelik tapi benar, Daddy menjawab ‘HAHAHAHAHA.....mana dorang bole buat macam tue! Selama ini pun mereka telah gagal berkali-kali’
‘Eh biar betul.....Komando tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dengan peralatan paling canggih di dunia!!!!’....responku dengan nada penegasan...
‘Dulu filipin ada antar 20 Kereta Kebal ke Sulu, setiap satu harga rasanya lebih 1 juta dollar, semua kandas bila berlabuh di pantai!!!!’ Daddy memberi penjelasan.
‘Hah....apa yang jadi???....’ saya terkilan...tidak mempercayai kata-kata Daddy.
‘Semua kandas kena Molotov Cocktail(Bom Petrol) yang harga beberapa pilak sadja(duit..dari segi bahasa – Perak – Bahasa lama orang-orang Bajau Suluk)’.
Penerangan itu membuatkan saya berfikir panjang. Apa yang terjadi sebenarnya? Lalu saya bertanya lagi. ‘Macamana mereka boleh kalah? Kereta Kebaaaaaaaal tuuuuuuuu’......otak saya sedaya upaya merungkai persoalan yang tidak boleh diterima akal yang logik...
‘Sanang bai tooooo.....’ loghat pekat sabah Daddy....
‘Durang (Orang-orang bukan Sulu seperti Amerika, Filipin, Australia) ndak tau Bentuk Muka Bumi Sulu. Sebab itu, mereka ndak menang sampai bila2. Biarlah hantar berapa banyak kereta kebal dan askar. Walaupun dengan peralatan yang paling canggih sekalipun!’ Ujar Daddy dengan penuh keyakinan.
‘KITA TENGOK LAAA NANTI’....saya MENANGKIS keyakinan Daddy....
Setelah bertahun lamanya....(sehingga sekarang).....Nampaknya semua Queen-Queen tersebut mengecewakan harapan seorang anak muda untuk menangkis kata-kata Daddynya.
Ternyata benar kata-kata Daddy. Untuk berperang, cukup dengan memahami bentuk muka bumi, kita boleh melawan peralatan yang paling canggih dan lawan yang kuat-kuat.
Dalam bahasa Catur, cukup dengan mengetahui kedudukan pawn-pawn, kita boleh melawan peralatan yang canggih (Rybka) dan lawan yang kuat-kuat (Major Pieces)
Langgan:
Catatan (Atom)