Sabtu, 17 Disember 2011

Bagaimana Saya Menjadi ‘Master’?

Saya sekarang bekerja sebagai juru teknik swasta bangunan di salah sebuah bangunan kerajaan hampir 2 bulan. Sambil bekerja, jika ada peluang dan masa, saya akan bermain catur dengan kawan saya Fadil. Fadil merupakan Pakar Dam Haji. Mempunyai Sijil Elektrikal A1 berkulit hitam manis, berasal dari Perak, tinggi 167 cm berat dalam 65 kg.



Rekod saya melawan Fadil adalah 99 menang 3 seri dan 10 kali menang (anggaran kasar). Semalam Fadil berjaya mengalahkan saya sebanyak 2 kali. Kebiasaannya, paling kuat pun Fadil hanya mampu menang sekali dalam sehari. Satu pencapaian yang cukup baik setelah hampir sebulan saya mengajar ending asas terutama 4 hari untuk menguasai Knight dan Bishop checkmate dan 2 Bishop checkmate.




Saya membawa sekurang-kurangnya 5 buku catur ke tempat kerja untuk dibaca diwaktu lapang. Buku berkenaan ending dan taktik 1-2 langkah yang mudah dan berkenaan planning. Saya turut membawa Set Xiangqi dan setakat ini saya berjaya ajar Bob, seorang remaja melayu bermain Xiangqi secara asas. Secara kasar, saya telah membawa budaya bermain catur ke tempat kerja saya.



Dipendekkan cerita, ramai telah mengetahui yang saya ‘sangat terer’ bermain catur. Samada dikalangan rakan-rakan juru teknik, bos-bos, jurutera-jurutera samada swasta mahupun pekerja teknikal kerajaan di tempat saya bekerja.



Ayat-ayat Fadil, Jiji, Kafi (ketua bangunan saya) yang selalu keluar. “Owh... Captain susah mau lawan, dia ‘Master’. Kita baru gerak sikit, dia dah tahu menang kalah” (Pengamatan saya terhadap struktur pawn dan ending. Cara Capablanca menilai game menang kalah umumnya berdasarkan struktur pawn dan ‘pegawai-pegawai’ yang tinggal)



Tetapi istilah ‘Master’ tersebut terbawa-bawa sehingga keluar. Sehingga disuatu masa, Jurutera Mekanikal saya iaitu Saiful bertanya “Eh Captain, kau pernah wakil Catur Malaysia ke?”



“Eh takdelah Encik Saiful!”



“Alaaaa.... kau jangan tipulah, ada banyak buku catur kau yang saya nampak. Kau ni Master nie. Saje je nak tipu, tanak bagitau. Sekarang jawab soalan saya, berapakah checkmate yang paling cepat?”



“2 Langkah”



“Eh bukan 4 ke? Seingat saya 4?”



“Takdelah. 2 Langkah. Ia dipanggil Fool’s Mate. Checkmate Bodoh. Yang 4 tue Scholar’s Mate”



“Eh ye ke? Nanti kau ajar. Kau nie dah kira ‘Master’ la nie!!!”



“Eh takdelah. Saya amatur 1500 lebih je!”



“Ahhh... Takde. Tak payah tipu”



Saya hanya mampu tersenyum saja. Perbualan kami diamati oleh staff-staff lain termasuk Assistant Manager saya iaitu Niza, seorang perempuan.



Sehari kemudian (semalam), alih-alih awek yang paling sexy di opis iaitu Maya bertanya kepada saya.



“Kau sekarang ‘tengah ambik master’ ke?”



“Eh takdelah, saya cuma ada Degree jer. Baru bercadang nak ambil master kalau berpeluang”



“Ala...jangan tipulah. Sekarang heboh budak-budak cakap kau tengah ambil ‘Master”



Saya hanya mampu tersenyum. Rasa nak tergelak pun ada.





SELAMAT MENJADI ‘MASTER’



Hahahaha


Selasa, 13 Disember 2011

Kawanku Idris

Idris merupakan kawan baik saya. Senang atau susah, dia sentiasa ada disana. Walaupun hanya N17 (grad pekerja kerajaan), sekurang-kurangnya dia akan ada untuk mendengar dan berkongsi-kongsi masalah dengan saya. Seorang lelaki segak bergaya, berhidung mancung, berat menyamai saya 68kg dan tinggi yang hampir sama iaitu 162 cm, berumur 37 tahun. Berketurunan kagayan tapi fasih berbahasa bajau pantai timur dan suluk. Kami seringkali berborak menggunakan bahasa bercampur baur Melayu dan Bajau agar orang sekeliling tidak faham mesej kami.


Seorang yang macho, pandai berjenaka, bermain kata-kata manis, berani dan keyakinan yang cukup tinggi. Langkah penuh gaya dengan mendongak umpama melihat sesuatu yang jauh dihadapan dengan kerutan dahi ala Marlon Brando. Sekarang beliau merupakan idaman setiap perempuan yang ada di sekelilingnya. Malangnya beliau telah mempunyai seorang isteri dan seorang bayi kecil. Tetapi masih bertuah kerana Idris berstatus ‘Bujang Tiga’. Hahaha...



Tetapi kalau ditanya, Idris semasa tahun 2006 dahulu umpama langit dengan bumi berbanding dengan Idris 2009 – 2011. Dulu dia merupakan seorang budak hingusan yang tua. Bilamana ada perempuan yang berpakaian cantik, muka menoleh tempat lain tetapi mata melirik, menjeling ke arah perempuan tersebut. Setiap kali ingat perkara tersebut membuatkan saya rasa nak tergelak terbahak-bahak. Langsung tidak pandai melayan mana-mana perempuan seadanya. Bak kata pepatah yang selalu keluar dari mulut saya ‘Perempuan sanggup lagi tak kahwin sampai mati daripada memilih seorang lelaki yang terhegeh-hegeh (dalam Inggeris dipanggil NERD)’




Sehingga pada suatu hari

‘Utok’.....(Bro dalam bahasa inggeris, Abang dari segi istilah bahasa, dalam penggunaan biasa, istilah terdekat adalah ‘Sahabat’....Bahasa orang-orang Suluk Bajau)

‘Apa benda yang kalau kita bercerita dengan perempuan, perempuan akan terpikat dengan kita?’ (Ayat permulaan saya menjadi coach Idris untuk mengeluarkan lelaki macho dalam dirinya)

‘Saya pelik, kalau kau (merujuk diri penulis) bercerita dengan sesiapa, terutama perempuan, macam boleh pergi jauh, tapi kalau saya pula, memang terhenti di tengah jalan!’

Sambil merenung jauh ke arah kaki langit di waktu mendung, disulam dengan gugurnya daun-daun. Pada waktu petang di sekitar Bukit Mahkamah Kuala Lumpur, saya berfikir dalam....... lalu menjawab.



‘Utok.....’ sambil menghela nafas panjang selama 3 saat.


‘Kau pernah kah melihat saya bercerita dan berborak dengan mana-mana perempuan?’

‘Selalu’....Balas Idris

‘Apa yang kami borak?....’ merangsang Idris untuk berfikir

‘Macam-macam, tapi semua benda yang tidak masuk akal dan langsung tidak logik! Kau bercerita tentang cuaca semalam, daun banyak berguguran, ada kes perompak merompak ditengah jalan, cerita pasal mop, kasut tertanggal 1 manik, minta belanja minum air dan banyak lagi benda mengarut yang langsung saya tidak faham!’ Idris menerangkan kekusutannya merungkai permasalahan tersebut.

‘Hah itulah dia....!!! tidak perlu kau berfikir panjang ‘apa yang perlu diceritakan’ kepada mana-mana perempuan agar mereka menyukai kau. Cukuplah dengan bercerita tentang apa jua yang ada di sekeliling kau. Apa jua yang terdetik di fikiran kau pada ketika itu!’ Saya memberi penegasan.

‘Bukan ‘ayat’ tetapi ‘bagaimana kau handle setiap jawapan yang dia berikan’

‘Bukan sebab ayat power...tetapi bagaimana kau melayan setiap perempuan seadanya dengan penuh keyakinan!’ Sambungku.

Dari situlah bermulanya pertukaran mendadak Idris dari lelaki NERD kepada lelaki IDAMAN.



Persoalan

Eh bukankah ini blog CATUR?...apa kena mengena CATUR dengan Idris?

Ini cukup senang.

‘Bukan apakah Opening yang Terbaik...Tetapi bagaimana kita handle Middlegame dan paling penting Ending untuk setiap opening yang ada!!!’

‘Hakikatnya....bukan Sicilian Scheveningen, Queen Indian ataupun King Indian Defense yang terbaik, tetapi bagaimana kita handle Middlegame dan Ending untuk setiap opening tersebut!’

Kalau anda telah cukup mahir dengan Stonewall Formation, mengapa perlu anda bertukar ke opening lain, semata-mata untuk ‘mengalahkan’ lawan anda. Menang kalah setiap opening adalah perkara biasa. Tetapi bilamana anda meninggalkan opening kegemaran anda, automatik anda telah ‘turn off’ menutup ‘komputer catur’ anda selama ini!!!

GM Kotov menerangkan, hanya selepas anda mencapai tahap Master barulah digalakkan untuk mengubah repertoire opening anda kepada lain. Untuk amatur, adalah baik untuk jangka masa panjang ‘melekat’ kepada satu-satu jenis opening sahaja.

GM Spassky ‘Catur umpama Kehidupan’

Jadilah macam Idris 2011, bukannya ‘ayat power’ tetapi bagaimana kita ‘melayan’ 'mereka'!!!

Ahad, 11 Disember 2011

Posting dan Gambar

Saya banyak menaip artikel untuk tatapan semua.  Malangnya banyak saya save dan belum publish.  Saya mengambil masa untuk membubuh gambar untuk setiap post.  Pada hemat saya, post tanpa gambar adalah kurang menarik.  Atas sebab itu, setiap post saya akan selitkan gambar berkenaan post tersebut.

Seperti contoh, entah-entah tiada siapa pun yang baca posting saya yang satu ini lantaran tiada gambar.  Hahaha...hingga dilain masa

Tips Melawan 'Komputer'

Di post yang lepas saya ada menerangkan tentang Pawn sebagai Roh Catur.  Dan bagaimana susunannya membolehkan kita melawan komputer ataupun lawan yang lebih kuat.

Hari ini saya akan menerangkan salah satu tips melawan komputer dan kadang-kadang saya gunakan untuk melawan musuh yang lebih kuat.



'Fortress' atau dalam bahasa dipanggil sebagai TEMBOK. 



Dari wikipedia
'Fortresses pose a problem for computer chess: computers are unable to reason about fortress-type positions except to the extent that their endgame tablebase allows'

Tembok merupakan masalah bagi chess komputer:  komputer tidak mampu untuk menghuraikan posisi jenis Tembok melainkan apa yang ada dalam endgame tablebase (data base).

Malahan jika ada pun, sekiranya kita tahu bagaimana membina 'Tembok', komputer tetap tidak mampu berbuat apa-apa.

Untuk huraian lanjut dalam bahasa inggeris, bacalah http://en.wikipedia.org/wiki/Fortress_(chess)

Disini saya akan memperkenalkan seorang kecil cilik yang saya rasakan berbakat besar dalam catur.  Saya pernah berlawan dengannya sekali semasa Christmas Rapid 2009 kelolaan Coach Jax Tham di OUG. Adik Aron Teh Eu Wen.  Semasa kejohan Amatur Dunia, adik Aron Teh berjaya membina TEMBOK dan memaksa lawan beliau menerima seri, walaupun selepas 'Blunder a piece' (silap memberi 1 pegawai percuma kepada lawan).

http://sabahchess.blogspot.com/2011/10/world-amateur-chess-championship-2011.html

IM Mark Dvoretsky menerangkan bahawa majoriti pemain amatur tidak pernah terfikir untuk membina Tembok, dan kesemua GM tahu idea berkenaan Tembok. Pada hemat saya, sekiranya pemain amatur mempunyai idea Tembok, sekurang-kurangnya ada 1 elemen yang ada pada GM tersemat di dalam diri kita.


Dan atas sebab kebanyakkan 'Theoretical Draw Fortress' (Tembok secara teorinya seri) adalah melibatkan bishop, sebab itu Bishop ending merupakan salah satu Hobi saya di masa lapang. (antaranya Bishop vs Rook, Bishop vs Rook Pawn, Bishop+Knight vs Queen, 2 Bishop vs Queen, Bishop berlawanan warna 'Opposite colour Bishop' dan lain-lain)

Dalam praktikal, walaupun kesemuanya adalah seri, tapi dalam peringkat amatur, melalui pengalaman saya sendiri, sesiapa yang faham 'by hand' (Hafal) 'Theoretical Draw' (Seri secara teori).  Peluang untuk menang tersedia di depan mata tanpa disangka-sangka.  Seperti contoh, secara purata, 90% Bishop berlawanan warna yang saya mainkan adalah menang di pihak saya sebab kebanyakkan pemain amatur yang saya lawan berputus asa dan tidak tahu cara bertahan yang betul!!!

Saya teringat semasa Kamaluddin Yusof melawan Maamur Abdul Salam semasa salah satu pertandingan di DATCC Team 2010 (Geng Mamak vs 17ChessClub).  Posisi yang cukup saya kenal, Philidor Position yang sepatutnya seri tetapi Maamur 'tersilap langkah' dan kemenangan di tangan Kamaluddin Yusof.



Dan posisi yang sama sempat saya ajar kepada rakan saya 'Said MARA' dan membolehkan beliau seri game yang sepatutnya seri.

Selamat ber Tembok!!!

Ahad, 27 November 2011

Ceritera Catur

There is a joke: a Russian and an American were in the desert running away from a lion.


Suddenly, the American stops and starts to change his shoes.


The Russian laughs and says, "You think Adidas will help you run faster than the lion?"

"No," the American replied, "I only have to run faster than you!" 



This joke describes a real chess game perfectly.

Lawak:  seorang lelaki Russia dan seorang lelaki Amerika sedang melarikan diri daripada seekor Singa di tengah-tengah gurun. 


Tiba-tiba lelaki Amerika itu berhenti dan mula menukar kasut
Lelaki Russia ketawa dan berkata 'Awak ingat Adidas akan bantu awak berlari laju daripada Singa?'


'Tidak' jawab lelaki Amerika tersebut, 'Saya cuma perlu berlari lebih laju daripada awak!'


Lawak ini menerangkan cara permainan catur yang sebenar!

________________

old Russian proverb: An old chess player invited his five sons to his deathbed.


He challenged them each to break one stick. The sons easily accomplished this task.  The father then put all five sticks together, and challenged the eldest son to break the bundle -- and the eldest son broke them all at once over his knee.


The father's last words were: "What can I say? All your life you were stupid and you'll never learn anything." 

Cerita Russia:  Seorang pemain catur tua menjemput 5 anak lelaki beliau semasa tengah nazak.


Beliau mencabar mereka untuk mematahkan 1 ranting kayu.  Kesemua anak lelaki beliau berjaya laksanakan tugasan tersebut.  Kemudian beliau menggabungkan kelima-lima ranting kayu tersebut dan mencabar anak sulung untuk mematahkan gabungan tersebut -- anak sulung berjaya mematahkan menggunakan lututnya.


Kata-kata terakhir daripada ayahnya 'Apa yang saya boleh katakan?  Kamu bodoh sepanjang hidup kamu dan kamu tidak akan belajar apa-apa jua!' 


________________

When there is a Lion and Lambs in a field, we must capture the weakest lamb one and another then after that we capture the Lion with less resistance - GM Aron Nimzowitsch

Bilamana ada singa dan biri-biri di padang, kita perlu menangkap biri-biri yang paling lemah dahulu satu persatu sebelum kita menangkap Singa agar tentangan akan berkurangan
________________

When there is a Lion and Lambs in a field, we must attack the strongest Lion first.  If the Lion is crush, then its easy to capture the Lambs - GM Richard Reti

Bilamana ada singa dan biri-biri di padang, kita perlu membunuh Singa yang terkuat terlebih dahulu.  Sekiranya Singa tersebut mati, mudah untuk menangkap kawanan biri-biri tersebut.
________________

Ahad, 20 November 2011

NOMBOR!!!

Berapakah Jumlah (Nombor) ... (dot dot dot)???

1.  Masa dihabiskan untuk menjadi GM?

IM Jimmy Liew menyatakan untuk menjadi Pakar dalam apa jua bidang (termasuk catur), 10 000 jam diperlukan.

Kalau 1 hari kita habiskan 10 jam (8 office hour + 2 over time) maksudnya kita memerlukan 1000 hari.

Secara kasar, sekiranya kita habiskan 300 hari 1 tahun (tolak sabtu ahad dan cuti) maksudnya kita memerlukan hampir 4 tahun diperlukan untuk menjadi GM.

Sudah cukup untuk kita habiskan mendapat Bacelor Degree!!!

Rujukan

2.         Mempunyai intuisi sebaik GM Kramnik???

GM Kramnik pernah menyatakan bahawa hampir setiap bulan, beliau melihat 10 000 game agar tidak terlepas idea terkini (novelties).

Kalau 1 hari kita habiskan 10 jam, maksudnya setiap 1 jam sebanyak 33.333 game.

Secara kasar, 1 jam 30 game, 2 minit 1 game.  Boleh dikatakan beliau melihat secara sepintas lalu setiap game tersebut. 

Mana logik untuk meneliti 1 game dalam masa 2 minit.  Andaikata kita ganda 2, 10 jam kepada 20 jam (hanya tidur 4 jam sehari).  1 game beliau telaah selama 4 minit.  Ini pun tidak logik. 

Bolehlah kita katakan beliau melihat game-game tersebut secara sepintas lalu, sekiranya ada idea baru (novelties) baru beliau berhenti sebentar melihat idea tersebut dan buat catatan serta ambil perhatian.

Dan tambahan paling penting, anda perlu menjadi pemain catur profesional sepenuh masa untuk mencuba kaedah tersebut!!!

Untuk peringkat amatur.  Kaedah ini boleh dicuba, tapi sekadar melihat.  Ini disebabkan pemain amatur tidak mampu melihat mana-mana idea baru (novelties) kerana kurang kuat (bahasa kasarnya terlalu lemah) disamping batasan masa.

Kajian menunjukkan Pemain 2800 ke atas amnya hafal 10 000 chess pattern dalam kepala mereka (seperti contoh GM Anand, Kramnik).  Dan untuk GM Kasparov, GM Anand menyatakan kemungkinan Kasparov hafal 20 000 chess pattern!!!

3.         Endgame perlu belajar untuk mempunyai intuisi ending ala GM Capablanca?

GM Paul Keres dalam buku beliau ‘Practical Chess Endings’ dalam bab ‘Rook ending’ dinyatakan bahawa pada zaman muda.

Capablanca habis menganalisa sebanyak 1000 rook ending untuk mempunyai kepakaran luar biasa dalam Rook ending. 

Bahasa Catur ‘automatic move by hand’.  Bahasa biasa – Intuisi.

GM Jozsef  Pinter dalam buku ending beliau turut meletakkan 1000 posisi untuk setiap jenis ending.

Untuk pemain amatur bermain ending seperti Master.  GM Soltis mencadangkan 30 posisi ending yang selalu keluar untuk setiap jenis.

CM Fadli AKA Stonemaster pula mencadangkan 100 posisi daripada Silman Complete ending sudah cukup untuk mempunyai kekuatan Master biasa.  Secara kasarnya, ini menyamai nasihat Soltis (30 Rook ending, 30 Bishop vs Knight Ending, 10 Pawn Ending, 30 lain-lain Ending).

IM Giddins pernah memberikan 101 tips berkenaan ending dalam buku beliau.  IM Dvoretsky mendakwa 200 posisi dan GM Portisch mendakwa 150.

4.         Posisi paling penting perlu untuk mempunyai intuisi pemain kelas pertama (bukan master) malahan GM?

Dalam cerita lagenda rakyat Russia, terdapat 300 posisi yang perlu diketahui  untuk menjadi pemain kelas pertama.  2/3 adalah daripada endgame dan 1/3 daripada middlegame.  Dengan hafal (move by hand) 300 posisi yang kerap keluar, anda secara automatik telah ‘install’ program komputer di kepala anda.

Ini diutarakan oleh GM Alburt dalam buku beliau Chess Training Pocket Book 300 most important position and idea dan GM Rashid Ziatdinov dalam buku beliau GM RAM Essential Knowledge.

Perbezaannya adalah posisi GM Ziatdinov adalah daripada  posisi pemain klasik dan GM Alburt adalah daripada posisi pemain moden.  GM Ziatdinov tiada jawapan dan GM Alburt ada memberikan jawapan kepada setiap posisi.  Tetapi asasnya adalah sama.

Seorang Blogger tempatan (Mohd Hafez Hilmi Harun) mencadangkan untuk menghafal (move by hand) 50 game GM untuk meng ‘install’ komputer di kepala anda.  Setakat ini, saya mengaplikasi kaedah ini (menghafal 10 game GM).  Permainan saya meningkat secara amnya.

5.         Planning yang perlu kita ketahui dalam sesebuah opening untuk mempunyai kefahaman planning seperti Master biasa?

CM Fadli AKA Stonemaster menyatakan melalui buku How to be a Candidate Master, seorang Fide Master perlu mempunyai kefahaman 25 planning untuk sesebuah opening!!!

Hurmmm…kalau kita ada 1 opening untuk putih (samada anda pemain e4/d4/Nf4/c4) dan sebagai hitam kita perlu 1 pertahanan untuk e4 dan 1 pertahanan untuk d4.

Secara kasarnya kita perlu mempunyai 3 opening darab dengan 25 planning bersamaan dengan minimum 75 planning untuk mempunyai kefahaman planning ala Fide Master.  Nilai ini menghampiri 100 planning.

6.         Tactical yang perlu dihafal untuk menjadi pemain kelas pertama?

Kaedah yang telah terbukti adalah cadangan daripada De La Maza iaitu dengan melakukan 7 pusingan 1490 taktikal puzzle (hampir 1500) daripada perisian CT Art dalam masa beberapa bulan tanpa putus!!!  Tetapi setelah beliau mencapai rating 2000, beliau mempunyai kesukaran untuk meningkatkan rating beliau disebabkan hal-hal tertentu!!!

Daripada buku Polgar (ayah kepada adik beradik genius Polgar-Susan, Judith, Sofia) terdapat 5334 puzzle yang perlu dihafal oleh mereka untuk menjadi ke tahap mereka sekarang!!!

7.         Opening kita perlu tahu?
Buat permulaan, GM Kotov mencadangkan 1 opening sebagai putih (pilih samada e4,d4,Nf3,c4) dan 2 untuk hitam (1 untuk melawan e4 dan 1 untuk melawan d4).  Jumlah keseluruhan adalah 3.  Hanya bilamana mana kita sampai ke kategori pemain kelas pertama barulah kita tambah opening kita.

Komen
Setelah saya membaca banyak buku catur, secara amnya, ada terdapat 3 nombor utama untuk mahir catur iaitu 100, 300 dan 1000.

Saya membuat kesimpulan untuk permulaan mencapai pemain kelas pertama bukan master, 100 planning untuk opening (idea middle game), 100 taktikal dan 100 ending asas perlu dipelajari. (Fadli, Portisch, Silman, Giddins)

Untuk mencecah kategori Master 300 idea middle game, 300 taktikal dan 300 ending perlu dipelajari. (300 nombor Lagenda Russia, Alburt, Ziatdinov, Dvoretsky)

Dan mungkin untuk GM, perlunya 1000 (Keres, Capablanca, Pinter, De La Maza) sebab diceritakan di peringkat GM elemen psikologi banyak memainkan peranan yang penting!!!

Dan mungkin nombor berikutnya selepas itu adalah 5000 (nombor daripada polgar) dan 10 000 (nombor daripada Jimmy Liew, Kramnik, Anand dan Kasparov)

Persoalan utama bukanlah nombor!!!

Tetapi ‘Apa yang perlu dihafal, difahami dan dikaji’...  Setakat ini mempunyai buku yang baik boleh dijadikan panduan!!!...sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkannya,  menghafal ‘move by hand’ 100 game GM (dua kali ganda hafalan 50 game GM) merupakan satu permulaan yang bagus!!!  Walaupun ‘nampak macam hampir mustahil’, tetapi boleh dilakukan!!!

GM Ziatdinov menyatakan, ‘tidak perlu faham kenapa GM melakukan gerakan tersebut, yang penting anda menghafal variasi tersebut’

Beliau nyatakan lagi ‘GM tidak menyatakan kenapa dan mengapa sesuatu gerakan dilakukan, kebiasaannya mereka akan memberikan variasi dan variasi dan variasi yang bagi pemain biasa ianya tidak memberikan apa-apa makna.  Ini kerana ianya ‘automatik’ pada tahap separuh sedar GM.  Ini kerana komputer mereka telah dibentuk.  Ia dilakukan pun mengikut hafalan’... ‘sekali sekala semasa posisi paling kritikal barulah mereka berhenti untuk berfikir sejenak’...

Dalam bahasa biasa, anda perlu ‘install komputer anda’ dengan HAFALAN!!!

Sebagai penamat saya sertakan kenyataan GM Ziatdinov

‘Sekiranya anda tahu secara teliti dan hafal 1 game classical yang penting, anda akan boleh menjadi pemain 1400, kalau 10 game, anda akan menjadi 2200 dan jika 100 anda akan menjadi 2500’

setakat ini kenyataan 1 classical – 1400, saya berjaya buktikannya, masa tu saya hanya hafal 1 Gambit Evans secara detail (ditambah dengan faham checkmate guna Queen, Rook dan 2 Bishop)

kenyataan kedua 10 game – 2200, sedang diusahakan!!!

Selasa, 1 November 2011

Pawn Merupakan Roh Catur - Philidor

The nature of the topography plays a very important role in all army campaigns.
The placing of the center pawns determines the 'topography' of a game of chess.
By GM Alexander Kotov

Terjemahan
Bentuk muka bumi memainkan peranan yang sangat penting kepada semua peperangan.
Kedudukan pawn di tengah menentukan bentuk muka bumi permainan catur.
Oleh GM Alexander Kotov
The Greatest Warrior of All Time is come from a small island called Sulu.
They fought like Satan himself, for them Death is just Nature.
By America Greatest General of All Time – General ‘Black Jack’ Pershing.

Terjemahan
Pahlawan terbaik sepanjang zaman datang dari pulau kecil bernama Sulu.
Mereka berlawan umpama syaitan, bagi mereka mati adalah perkara biasa.
Jeneral terbaik sepanjang zaman Amerika - Jeneral 'Black Jack' Pershing.



Pada tahun 2000 di Sabah, heboh diperkatakan pada ketika itu seramai 21 orang (termasuk warga Amerika) diculik oleh kumpulan yang dinamakan Abu Sayyaf di Pulau Sipadan.

Sebagai langkah tindak balas, Filipina yang merupakan sekutu kuat Amerika menghantar seramai 500 Tentera Elit Komando untuk menggempur Kem Abu Sayyaf.  Dibantu dengan 300 Tentera Elit Komando Navy Seal Amerika dan 200(ataupun 100?) Tentera Elit Komando Australia.  Paparan berita mengenai serangan ini diwar-warkan di Berita 1.30 TV3.

Saya sangat terkejut dengan pengumuman itu!!!...  Cuba bayangkan, menghantar 1000 Komando umpama menghantar 1000 ‘James Bond’.  Bahasa Catur adalah umpama menghantar 1000 Queen untuk checkmate musuh.

Saya pun memaklumkan kepada Daddy
‘Daddy Daddy...mati’lah Abu Sayyaf....1000 tentera Elit Komando diantar untuk lawan duraaaaaang!...Konfom matilah dorang kaliniiiiii...’ ujarku dengan nada kagum dan terkejut dalam slang sabah

Pelik tapi benar, Daddy menjawab ‘HAHAHAHAHA.....mana dorang bole buat macam tue!  Selama ini pun mereka telah gagal berkali-kali’

‘Eh biar betul.....Komando tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dengan peralatan paling canggih di dunia!!!!’....responku dengan nada penegasan...

‘Dulu filipin ada antar 20 Kereta Kebal ke Sulu, setiap satu harga rasanya lebih 1 juta dollar, semua kandas bila berlabuh di pantai!!!!’  Daddy memberi penjelasan.

‘Hah....apa yang jadi???....’ saya terkilan...tidak mempercayai kata-kata Daddy.

‘Semua kandas kena Molotov Cocktail(Bom Petrol) yang harga beberapa pilak sadja(duit..dari segi bahasa – Perak – Bahasa lama orang-orang Bajau Suluk)’.

Penerangan itu membuatkan saya berfikir panjang.  Apa yang terjadi sebenarnya?  Lalu saya bertanya lagi.  ‘Macamana mereka boleh kalah? Kereta Kebaaaaaaaal tuuuuuuuu’......otak saya sedaya upaya merungkai persoalan yang tidak boleh diterima akal yang logik...

‘Sanang bai tooooo.....’ loghat pekat sabah Daddy....
‘Durang (Orang-orang bukan Sulu seperti Amerika, Filipin, Australia) ndak tau Bentuk Muka Bumi Sulu.  Sebab itu, mereka ndak menang sampai bila2.  Biarlah hantar berapa banyak kereta kebal dan askar.  Walaupun dengan peralatan yang paling canggih sekalipun!’  Ujar Daddy dengan penuh keyakinan.

‘KITA TENGOK LAAA NANTI’....saya MENANGKIS keyakinan Daddy....


Setelah bertahun lamanya....(sehingga sekarang).....Nampaknya semua Queen-Queen tersebut mengecewakan harapan seorang anak muda untuk menangkis kata-kata Daddynya.

Ternyata benar kata-kata Daddy.  Untuk berperang, cukup dengan memahami bentuk muka bumi, kita boleh melawan peralatan yang paling canggih dan lawan yang kuat-kuat.

Dalam bahasa Catur, cukup dengan mengetahui kedudukan pawn-pawn, kita boleh melawan peralatan yang canggih (Rybka) dan lawan yang kuat-kuat (Major Pieces)

Gambar dibawah menjelaskan situasi di sulu pada ketika itu (Teringat lawak-lawak gambar catur Ilham odyssey...hahaha)

Isnin, 31 Oktober 2011

Jay Kemah (selingan)

Jay Kemah seorang lelaki berumur 29 tahun, tinggi 160cm berbadan sederhana, berat 70 kg, seorang guru di Sarawak.  Asal dari kelantan dan pernah bersekolah di SMK Hamzah Machang Kelantan (ya betol...satu sekolah dengan IM nombor satu malaysia Mas).  Di sekolah ini diadakan satu tugu peringatan buah Knight (saya sendiri melihatnya) untuk memperingati IM Mas yang pernah bersekolah di sana dan menjadi kebanggaan sekolah tersebut sepanjang zaman.  Antara kata-kata yang selalu keluar dari orang sekeliling 'Mas umpama malaikat, juruh sangat (terlalu baik), pandai, selalu score A untuk pereksa, dan dalam catur, dia nombor satu, dan paling penting merendah diri selalu'...betapa idealnya Mas di mata masyarakat setempat.

"Kemah demo' ayat yang selalu keluar dari mulut Jay Kemah merupakan Juara Catur 2001 di kolej yang kami bersama-sama belajar (My Successor 2000-Pengganti saya 2000).  Rekod saya berlawan catur dengan beliau adalah lebih kurang 50 kalah tiada menang dan seri langsung!!!!...Memang budak-budak sekolah Hamzah terer bermain catur kot hasil tempias Mas???....

Setelah bertahun-tahun tidak berjumpa...saya berjaya keep in touch dengan Jay Kemah dan mencabar beliau untuk 3 game semasa Hari Raya Puasa Tahun 2009.  (Setelah saya membaca My System)...

Alhamdulillah keputusannya mengejutkan.  saya menang 2 dan seri 1 selepas blunder....Dan Jay Kemah buat pertama kali terkejut dengan perkembangan ini...dan  adik2 beliau (termasuk sepupu) terkejut sebab sangat jarang Jay Kemah kalah (teruk)...mereka bertanya kepada saya...'Bakpo lagu tue?'....saya jawab...saya beberapa bulan nie baca My System....Sepupu beliau yang merupakan peminat catur minta tajuk buku tersebut untuk dibeli untuk dibaca.

Ya betul, saya cuma guna sebahagian yang dinyatakan oleh Nimzowitsch...iaitu 'meletakkan periuk api di dasar rantaian pawn'....

Itulah pentingnya 'meletakkan periuk api di dasar rantaian pawn posting saya sebelum ini, siapa sangka benda sekecil ini boleh mempengaruhi permainan saya ke tahap yang 'lebih baik'!!!  Mengalahkan orang yang tidak pernah saya menang...walaupun 2 kali sahaja....

sekarang  dengan bangganya saya boleh berkata...'saya pernah kalahkan Jay Kemah 2 kali dan seri 1' (tanpa menyebut 50 kali kecundang...hahaha)

sehingga dilain masa

saya tinggalkan anda dengan kata-kata GM Soltis

"Amnya tetapi satu kesilapan, menganggap guru terbaik catur adalah pemain terbaik, dan hanya pemain terbaik sahaja yang boleh menyampaikan Rahsia Catur.  Sebenarnya guru TERBAIK hanyalah pemain catur Amatur biasa yang mempunyai minat mendalam!!!!' -terjemahan kata-kata soltis daripada buku Rapid Chess Improvement oleh De La Maza

Sabtu, 29 Oktober 2011

Siri Bukaan Tersohor (Famous Opening) di Malaysia

Saya perasan, ramai yang membaca posting saya berkenaan Opening (Bukaan) berbanding lain.  Semasa saya mempunyai kekuatan 1300 dahulu, saya tahu banyak variasi opening yang direcommend oleh master catur.  Antaranya Sicilian Dragon Yugoslav Attack, Giucco Piano Gambit Evans, Ruy Lopez Marshall Gambit, Caro Kann Classical 

Tetapi selepas kedua-dua castling pada gerakan yang kesepuluh.  Saya blur, tidak tahu apa yang perlu dilakukan.  Jika anda mempunyai masalah yang sama, maksudnya anda perlu belajar plan yang paling asas. 

‘Mempunyai Plan yang buruk adalah lebih baik daripada TIADA PLAN LANGSUNG’ – GM Lasker.

Atas sebab itu saya akan memperkatakan tentang Bukaan yang terkenal selalu digunakan di kejohanan di Malaysia iaitu KID AKA King’s Indian Defence (Pertahanan Raja India).

Ada terdapat 3 yang paling popular di malaysia iaitu



Variasi Petrosian (ini yang paling terkenal)
Boleh saya katakan hampir setiap kali saya bermain KID, putih selalu menggunakan variasi ini.  Ia di popularkan oleh GM Petrosian.  Dari segi statistik, ia merupakan bukaan yang memberi peluang 50-50 (statistik chessgame).  Dan ini merupakan pilihan saya sebagai hitam.  Statistik saya melawan variasi ini sebagai hitam adalah 5 menang 1 seri 1 kalah (overconfident akhirnya kalah blunder)


Variasi Samisch (kedua terkenal)
Saya jarang berjumpa variasi ini, tetapi saya letakkan disini kerana opening ini pernah diiktiraf oleh GM Fischer sebagai antara variasi terbaik putih untuk melawan hitam.  Fischer beberapa kali telah disembelih oleh variasi ini.  Saya selaku hitam sedikit gerun dengan variasi ini.  Dan dari segi statistik chessgame, sememangnya kelebihan dipihak putih, tapi pelik, ianya kurang tersohor berbanding variasi Petrosian.


Variasi Taimanov (ketiga terkenal tetapi terkenal di dunia)
Ia dikenali sebagai variasi classical.  Saya menganjurkan untuk belajar variasi classical untuk mengetahui perkara paling asas planning KID bagi pihak putih dan pihak hitam!!!

Disini saya akan menyatakan planning asas untuk variasi classical

Plan nombor 1

Kebiasaannya Pemain 1400 keatas faham tentang konsep ‘connect the dot’ istilah oleh Coach FM Weeramantry


Terang dan jelas, arah panah yang menentukan tempat yang digalakkan untuk menyerang.  Gambar di atas adalah susunan untuk French Defence.  Jadi untuk KID


Putih menyerang Queenside dan Hitam menyerang Kingside.

Plan nombor 2
Terdapat istilah ‘mine pawn chain’ atau dalam bahasa melayunya adalah ‘Meletakkan periuk api pada rantaian pawn’.  Hahaha...rasa macam lawak pun ada. 

Terdapat 2 kaedah, nombor 1 yang dipelopori oleh GM Nimzowitsch, kita perlu letak periuk api di tempat paling lemah iaitu dasarnya.  Dan nombor 2 yang dipelopori oleh GM Reti, kita perlu letak periuk api di tempat paling kuat iaitu di puncaknya.  Untuk tidak pening kepala, buat permulaan kita menggunakan Kaedah Nimzowitsch.

Hasilnya


 
Putih cuba ‘mine’ pawn d6 menggunakan pawn c5, dan disokong oleh Nd3.  Sebagai langkah bertahan, hitam pula menyokong pawn d6 menggunakan Ne8 sekaligus membolehkan laluan f fail terbuka untuk gerakan f5 ‘mine’ pawn e4 putih.  Dan sebagai langkah bertahan Nc3 telah sedia ada dan disokong pawn f3.

Sekiranya exchange (pertukaran) berlaku, kedua-dua pihak perlu bertempur dengan kedudukan formasi pawn seperti dibawah.



Ataupun Knight akan ambil alih kedudukan tersebut.



Senang cerita, KNIGHT SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!

Sehingga dilain masa!...Majulah Amatur untuk Catur

(Untuk posting berikutnya, saya akan posting planning untuk variasi Samisch dan variasi Petrosian)

Jumaat, 28 Oktober 2011

(Sambungan) Seni Menganalisa

Bagaimana saya mencecah National Rating 1500?

Untuk Eye for Combination, ada cadangan untuk menghafal 1500 posisi taktikal sebanyak 7 kali (Maza).  Ini cadangan yang baik, tetapi kebanyakan pemain amatur inginkan penyelesaian yang mudah.  Saya pernah mencuba, ianya diluar kemampuan saya.  Saya tidak meneruskan latihan ini kerana hampir semua puzzle yang saya selesaikan tidak pernah keluar dalam game-game saya.  Oleh sebab itu, saya mencadangkan 2 usul untuk dipertimbangkan.

Semasa Pertandingan Catur di Restoran Nelayan Jeram Pelabuhan Klang beberapa tahun lepas.  Yang mana dalam kejohanan inilah saya berjaya mencecah rating kebangsaan 1500.

1.  Belajar taktikal, tetapi biarlah daripada posisi yang pernah wujud dan bukan direka-reka.  Saya berjaya memecah siling 1500 (daripada 1300) kerana saya menelaah 50 taktikal yang wujud dalam game GM Alexander Alekhine (saya sempat 50 puzzle).  Bukan itu saja, kebanyakan puzzle taktikal Alekhine yang saya belajar, saya ‘laksanakan secara tidak sengaja’ dalam game-game saya. 

Sebagai contoh Puzzle dibawah, saya terlaksanakan dalam satu game saya.
Saya berfikir selama seminit sebelum keluar di mulut saya ‘eeeeeeemmmmmmmmmmm’ yang panjang.


Soalan:  Apakah gerakan yang bakal hitam lakukan???
Tips: Sila lihat Puzzle Alekhine dibawah

Roselli Del Turco-Alekhine, Semmering 1926 Sicilian Defence

 Ya Betul....saya korbankan Bishop Bxd3?!!

dan inilah hasilnya...saya fork Queen dan Rook


Tetapi hitam cuma berjaya dapatkan 1 pawn+1 Rook dan hilang 1 Bishop+1 Knight.  Dari segi buah, ia sekadar exchange (pertukaran) yang seri.

dan gerakan yang keempat yang mengubah situasi

e6!! double attack kedua-dua Knight musuh.  Dan saya menang 1 Knight.




Plan berikutnya adalah exchange Queen dan buah-buah lain dan terus pergi ke ending dengan lebih 1 buah.  Plan yang cukup simple dan mudah


Semasa saya analisa guna komputer (Shredder pada ketika itu), Bishop Sac (yang saya korbankan) saya sebenarnya Blunder (Silap).  Mungkin kerana lawan saya terlalu terkejut (surprise) dan  tidak menyangka gerakan tersebut.  Ini membawa maksud saya cuma menang sebab 'terguna' psikologi.  Kira menang nasiblah ni.

Sejak hari itu, lawan akan bertegur sapa dengan saya setiap kali berjumpa di mana-mana kejohanan catur.


Hingga dilain masa.  Majulah Amatur untuk Catur

Jumaat, 14 Oktober 2011

Seni Menganalisa Bahagian 1

Art of Analysis (Seni Menganalisa)

GM Kotov dalam buku beliau Play like GM (Bermain seperti GM), dia menyatakan ada 3 unsur utama dalam diri seorang GM iaitu, 1. Positional Judgement (Tahu Strategi Posisi) 2. Eye for Combination (Mahir Kombinasi) 3. Ability to analyse variation (Pandai Menganalisa). 

Untuk Positional Judgement, kita perlu tahu tentang elemen-elemen posisi, cadangan yang bagus adalah dengan membaca My System oleh GM Nimzovich yang dijelaskan secara teliti.  Ataupun buku GM Kotov sudah memadai.   



Malahan GM Capablanca menyatakan, untuk mempunyai asas Opening yang baik, sebenarnya seseorang perlu mempunyai asas ending yang KUKUH.  Ini berjaya dibuktikan oleh GM Capablanca sendiri semasa beliau mengalahkan Juara Catur Cuba iaitu Corzo tanpa membaca apa jua buku berkenaan opening.  Cukuplah dengan belajar ending.


 
(Bersambung)

Isnin, 10 Oktober 2011

BISHOP DAN PAWN ENDING



Posisi ini adalah terhasil semasa Rapid Chess Ampang Round terakhir saya.  Istimewanya ending ini kerana saya selaku hitam melawan putih yang menggunakan King-Stonewall Attack.  Kami exchange piece kami dan terus ke ending iaitu Bishop ending.  Mungkin juga musuh saya yakin bermain ending.  Interesting (Menarik!)

Saya yakin dalam ending ini selepas membaca buku 101 Ending tips oleh IM Steve Giddin dan buku Secret of Chess Training oleh IM Mark Dvoretzky terutama subjek kegemaran saya iaitu Bishop ending.

Lawan saya pada ketika itu tidak puas hati sebab beliau merasakan beliau boleh menang game ini.  Manakan tidak, Pawn beliau tinggal setapak sahaja untuk menjadi Queen!

Kelebihan putih
  1. 1 Pawn island, hitam ada 3
  2. Good Bishop (Bad Bishop hitam)
  3. King putih berada di hadapan Pawn hitam yang bertindih

Kelebihan hitam
  1. King yang lebih aktif
  2. Menguasai ruang yang lebih
  3. Bishop berada di tengah (walaupun Bad)

Plan hitam cukup senang
  1. Jadikan Bishop menjadi Good Bishop
  2. Bishop menguasai diagonal penting a8-h1
  3. Menghasilkan passed Pawn kedua (walaupun terpaksa korbankan Pawn)
  4. Dengan passed Pawn kedua, kita gunakan ‘principle of two weakness’.  (Prinsip Dua Kelemahan) keatas musuh.  Dengan penguasaan ruang yang lebih, ini menentukan kalah menang, pertahanan beliau akan menjadi lemah bilamana terpaksa menjaga 2 kelemahan!
  5. Opposite Colour Bishop (Bishop berlainan warna) majoriti akan berakhir seri.  Tetapi untuk Bishop sama warna, ia menyamai Pawn ending.  Majoriti keadaan samada menang atau kalah, oleh sebab itu perlu tahu plan yang sepatutnya dan KENA SENTIASA ALERT (BERHATI-HATI)

Dengan masa berbaki 3 minit seorang, plan asal saya ialah menghasilkan passed Pawn kedua di Queenside, tetapi lawan saya, yang juga seorang pemain yang baik berjaya menahan rancangan saya.  Dan hasilnya adalah seperti berikut.  (Putih jalan)


Bg2 (untuk exchange Bishop dan Pawn beliau menjadi Queen)
Saya jawab e2 (saya jadi Queen dulu)



Kf2 untuk menghalang Pawn e hitam dan menjaga Bishop beliau

Posisi terakhir



TAKTIK ASAS, Decoy sebab King putih terpaksa menjaga 2 kelemahan ‘Principle of Two Weakness’ .  Saya jawab e1=Q dan putih resign (mengaku kalah) sebab Bxg2 (Bishop putih kecundang)

Dan saya TERUS BALIK RUMAH.  Rasanya lawan saya ingin menganalisa dimana silap beliau, saya jawab ‘Ala saya menang nasib je kot!’...Ya betul, menang nasib setelah banyak membaca buku Bishop ending.

Saya dedikasikan posting kali ini untuk lawan saya yang tidak sempat menganalisa game ini bersama-sama saya.

Komen
GM Anand dan GM Capa pernah memberi tips, dalam ending, apa yang penting adalah piece anda perlu berada di posisi terbaik, dalam hal ini, Bishop saya menguasai diagonal kritikal a8-h1, King saya aktif kedepan.

Dan resepi kedua iaitu menguasai ruang yang lebih dan mempunyai 2 passed Pawn untuk aplikasi Prinsip Dua Kelemahan menentukan kemenangan.

Perlu ke saya ulang?  Hanya sebab saya faham sedikit TAKTIKAL ASAS dan Ending yang ASAS beserta General Principal (Prinsip Am – Dalam hal ini, Prinsip Dua Kelemahan), rating saya yang semacam ombak dari 1300-1400-1500 turun naik selama ini, sekarang menjadi stabil.  Dan saya menang lebih banyak perlawanan.

Sekian terima kasih.  Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan.

Siapakah yang menang? Peristiwa sebenar!

Pendahuluan
Game ini adalah antara 2 pemain amatur ketika Rapid Chess Ampang.  Asalnya Cik Adik kita mempunyai kelebihan masa 5 minit berbalas 2 minit dan ketika itu Queen masih ada tetapi posisi Pawn masih sama.  Cik Adik kita menghabiskan masa selama 2 minit berpusing-pusing menggunakan Queen sebelum mengambil keputusan untuk Exchange Queen pergi ke Pawn Ending.  Sayangnya membuang masa tanpa apa-apa hasil.  Sekali lagi pada waktu kritikal, perkara yang hampir sama berlaku.  Cik Adik kita berpusing-pusing pula menggunakan King.  Cik Adik tidak tahu hendak buat apa, akhirnya kalah masa!  Nasib baik saya ada di sana untuk menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan.

Untuk gambaran lebih jelas


Hitam bertahan dengan cukup baik, Pawn f dan c hitam merupakan sumber benteng pertahanan yang menyebabkan putih pening kepala

Putih sepatutnya menang kerana
  1. Ada extra Pawn
  2. Ada 2 Pawn Island (Pulau Pawn), manakala hitam 3
  3. Pawn f hitam yang double (bertindih)
  4. King putih aktif
  5. King putih hampir di tengah
  6. (Putih menguasai ruang yang lebih)

Plan sepatutnya adalah dengan ‘clear’ kan Pawn Kingside dan Cik Adik kita berjaya melaksanakan plan ini.  Inilah hasilnya.



Posisi terakhir kritikal dan sepatutnya  Cik Adik kita menang tetapi kalah sebab tiada plan!  Berpusing-pusing dengan King dengan gerakan Kh6-g5-h5-h6, manakala hitam dengan gerakan Kf8-g8 mengharapkan seri 3 gerakan sama berturut-turut.  Lebih-lebih lagi kedua-dua pemain mempunyai masa yang kurang seminit.  Masing-masing mengharapkan menang masa!

Kemanakah King putih sepatutnya berada?  Sebagai idea permulaan, kita boleh mengikut nasihat GM Capablanca untuk ending yang sama iaitu King mesti berada di hadapan Pawn!



Cik Adik kita bertanya ‘Lepas itu apa?’
Saya jawab e6 (bersedia untuk Pawn breakthru)
Abang Janggut kita membalas Ke8

Saya jawab Kg7.  Menguasai petak f8 yang penting.  Agar Pawn kita jadi Queen dan menghalang King hitam ke petak yang sama untuk bertahan.
Abang Janggut kita membalas fxe6

Dan langkah yang menyebabkan Abang Janggut dan Cik Adik kita terkejut adalah gerakan simple (mudah) saya iaitu f6.  Pawn putih lebih awal menjadi Queen berbanding Pawn hitam! Sekaligus dengan masa kurang seminit, sesiapa pun boleh menang dengan adanya Queen.

Hakikatnya, walau apapun gerakan putih dengan Kf6, adalah pasti menang bagi putih sebab hitam akan zugzwang (terpaksa gerak dan kalah)

Cik Adik kita memberi komen ‘Sebab itu saya tanak exchange Queen, saya lemah ending’.  Walhal dengan exchange Queenlah, kemenangan putih berada dalam tangan!  Kesilapan beliau adalah kurang faham PERKARA PALING ASAS iaitu Pawn ending.

Sekian terima kasih.  Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan.