Assalamualaikum kepada kawan2 yang selalu mengikuti blog saya...
semenjak dua menjak ini, saya sukar untuk update blog saya disebabkan komitmen lain...
lebih-lebih lagi saya telah ada hobi baru yang saya enjoy lebih daripada catur...
yela...catur buat pening kepala... lebih kepada memerah otak untuk kalahkan lawan...
kadang2 saya rasa macam kurang enjoy main catur... melainkan kalau dapat top 10...
malangnya dah lama saya tak dapat top 10... jadi saya telah ada hobi baru... kurang tension...
kurang pening kepala... dan lebih kepada release tension...
paling best... saya boleh expose diri saya dengan cara yang saya suka... menang kalah... takde hal...
ia adalah COSPLAY...
ini membuatkan saya terpaksa membahagi masa antara CATUR, COSPLAY dan Menyanyi...
apa pun...azam saya untuk tahun ini adalah 'Melakukan Perkara2 Yang Saya MINAT!!!'....
LIVE TO THE FULLEST.... samada COSPLAY atau CATUR... yang penting... saya HAPPY...
dan saya galakkan kawan2 sekalian untuk benda yang sama...
majulah amatur untuk semua!
Dari Amatur, Kepada Amatur, Untuk Amatur
- Dalam Bahasa Melayu. Untuk paparan yang lebih baik, sila gunakan INTERNET EXPLORER PULA. Saya dapati, gambar2 saya sebahagian HILANG bila guna MODZILLA. Terima Kasih
Sabtu, 14 April 2012
Rabu, 25 Januari 2012
Kata-kata hari ini...
Peter Biyiasas became an International Master by studying only two books: Rook Endings by Levenfish and Smyslov (see chess endgame literature#Rook endings), and My 60 Memorable Games by Bobby Fischer
Terjemahan
Peter Biyiasas menjadi IM dengan belajar hanya 2 buku: Rook Endings oleh Levenfish dan Smyslov, dan My 60 Memorable Games oleh Bobby Fischer
Huraian penulis
Kita hanya memerlukan 2 jenis buku untuk menjadi IM. 1 Buku berkenaan Ending dan 1 lagi 60 berkenaan game GM...
saya nak senarai pendek kepada 2 jenis buku untuk saya hafal...moga2 saya akan menjadi IM pulak...hehehe

Dilema...
Assalamualaikum kepada semua...
insyaALLAH...hujung minggu ini...saya akan bertanding di DATCC...
masalahnya...anak saya dah 5 hari masuk wad semenjak hari sabtu yang lepas...kena acute pharyngitis (jangkitan kuman di pharynx yang menyebabkan demam secara tiba-tiba serentak dengan batuk dan selesema)
kakaknya Annaurah Zunnur Ain dan adiknya Annaurah Syahirah pun turut sakit. Kakak dah nak sembuh...Doktor bagi Erythromycin (antibiotik untuk sakit tonsilitis)... manakala untuk adik, saya cuma bagi ubat demam dan selsema yang saya beli dari farmasi... setakat ini mereka tidak kena teruk sangat seperti anak nombor 2 saya...
saya sukar untuk menumpukan perhatian untuk pertandingan tersebut...dan menyukarkan untuk saya menulis bahan untuk blog saya....
saya mohon kepada semua untuk mendoakan agar anak saya cepat sembuh...
tengahari tadi saya pergi melawat dia...dan doktor suspek ada jangkitan kuman di paru-paru....perlu ambil x-ray untuk mengesahkannya...
dibawah gambar anak saya (saya curi-curi ambil gambar sebab hospital melarang hal sedemikian)....hehehe...
saya harap dia sembuh sebelum pertandingan saya...insyaALLAH....
Annaurah Najiyah

Sabtu, 17 Disember 2011
Bagaimana Saya Menjadi ‘Master’?
Saya sekarang bekerja sebagai juru teknik swasta bangunan di salah sebuah bangunan kerajaan hampir 2 bulan. Sambil bekerja, jika ada peluang dan masa, saya akan bermain catur dengan kawan saya Fadil. Fadil merupakan Pakar Dam Haji. Mempunyai Sijil Elektrikal A1 berkulit hitam manis, berasal dari Perak, tinggi 167 cm berat dalam 65 kg.
Rekod saya melawan Fadil adalah 99 menang 3 seri dan 10 kali menang (anggaran kasar). Semalam Fadil berjaya mengalahkan saya sebanyak 2 kali. Kebiasaannya, paling kuat pun Fadil hanya mampu menang sekali dalam sehari. Satu pencapaian yang cukup baik setelah hampir sebulan saya mengajar ending asas terutama 4 hari untuk menguasai Knight dan Bishop checkmate dan 2 Bishop checkmate.
Saya membawa sekurang-kurangnya 5 buku catur ke tempat kerja untuk dibaca diwaktu lapang. Buku berkenaan ending dan taktik 1-2 langkah yang mudah dan berkenaan planning. Saya turut membawa Set Xiangqi dan setakat ini saya berjaya ajar Bob, seorang remaja melayu bermain Xiangqi secara asas. Secara kasar, saya telah membawa budaya bermain catur ke tempat kerja saya.
Dipendekkan cerita, ramai telah mengetahui yang saya ‘sangat terer’ bermain catur. Samada dikalangan rakan-rakan juru teknik, bos-bos, jurutera-jurutera samada swasta mahupun pekerja teknikal kerajaan di tempat saya bekerja.
Ayat-ayat Fadil, Jiji, Kafi (ketua bangunan saya) yang selalu keluar. “Owh... Captain susah mau lawan, dia ‘Master’. Kita baru gerak sikit, dia dah tahu menang kalah” (Pengamatan saya terhadap struktur pawn dan ending. Cara Capablanca menilai game menang kalah umumnya berdasarkan struktur pawn dan ‘pegawai-pegawai’ yang tinggal)
Tetapi istilah ‘Master’ tersebut terbawa-bawa sehingga keluar. Sehingga disuatu masa, Jurutera Mekanikal saya iaitu Saiful bertanya “Eh Captain, kau pernah wakil Catur Malaysia ke?”
“Eh takdelah Encik Saiful!”
“Alaaaa.... kau jangan tipulah, ada banyak buku catur kau yang saya nampak. Kau ni Master nie. Saje je nak tipu, tanak bagitau. Sekarang jawab soalan saya, berapakah checkmate yang paling cepat?”
“2 Langkah”
“Eh bukan 4 ke? Seingat saya 4?”
“Takdelah. 2 Langkah. Ia dipanggil Fool’s Mate. Checkmate Bodoh. Yang 4 tue Scholar’s Mate”
“Eh ye ke? Nanti kau ajar. Kau nie dah kira ‘Master’ la nie!!!”
“Eh takdelah. Saya amatur 1500 lebih je!”
“Ahhh... Takde. Tak payah tipu”
Saya hanya mampu tersenyum saja. Perbualan kami diamati oleh staff-staff lain termasuk Assistant Manager saya iaitu Niza, seorang perempuan.
Sehari kemudian (semalam), alih-alih awek yang paling sexy di opis iaitu Maya bertanya kepada saya.
“Kau sekarang ‘tengah ambik master’ ke?”
“Eh takdelah, saya cuma ada Degree jer. Baru bercadang nak ambil master kalau berpeluang”
“Ala...jangan tipulah. Sekarang heboh budak-budak cakap kau tengah ambil ‘Master”
Saya hanya mampu tersenyum. Rasa nak tergelak pun ada.
SELAMAT MENJADI ‘MASTER’
Hahahaha

Selasa, 13 Disember 2011
Kawanku Idris
Idris merupakan kawan baik saya. Senang atau susah, dia sentiasa ada disana. Walaupun hanya N17 (grad pekerja kerajaan), sekurang-kurangnya dia akan ada untuk mendengar dan berkongsi-kongsi masalah dengan saya. Seorang lelaki segak bergaya, berhidung mancung, berat menyamai saya 68kg dan tinggi yang hampir sama iaitu 162 cm, berumur 37 tahun. Berketurunan kagayan tapi fasih berbahasa bajau pantai timur dan suluk. Kami seringkali berborak menggunakan bahasa bercampur baur Melayu dan Bajau agar orang sekeliling tidak faham mesej kami.
Seorang yang macho, pandai berjenaka, bermain kata-kata manis, berani dan keyakinan yang cukup tinggi. Langkah penuh gaya dengan mendongak umpama melihat sesuatu yang jauh dihadapan dengan kerutan dahi ala Marlon Brando. Sekarang beliau merupakan idaman setiap perempuan yang ada di sekelilingnya. Malangnya beliau telah mempunyai seorang isteri dan seorang bayi kecil. Tetapi masih bertuah kerana Idris berstatus ‘Bujang Tiga’. Hahaha...
Tetapi kalau ditanya, Idris semasa tahun 2006 dahulu umpama langit dengan bumi berbanding dengan Idris 2009 – 2011. Dulu dia merupakan seorang budak hingusan yang tua. Bilamana ada perempuan yang berpakaian cantik, muka menoleh tempat lain tetapi mata melirik, menjeling ke arah perempuan tersebut. Setiap kali ingat perkara tersebut membuatkan saya rasa nak tergelak terbahak-bahak. Langsung tidak pandai melayan mana-mana perempuan seadanya. Bak kata pepatah yang selalu keluar dari mulut saya ‘Perempuan sanggup lagi tak kahwin sampai mati daripada memilih seorang lelaki yang terhegeh-hegeh (dalam Inggeris dipanggil NERD)’
Sehingga pada suatu hari
‘Utok’.....(Bro dalam bahasa inggeris, Abang dari segi istilah bahasa, dalam penggunaan biasa, istilah terdekat adalah ‘Sahabat’....Bahasa orang-orang Suluk Bajau)
‘Apa benda yang kalau kita bercerita dengan perempuan, perempuan akan terpikat dengan kita?’ (Ayat permulaan saya menjadi coach Idris untuk mengeluarkan lelaki macho dalam dirinya)
‘Saya pelik, kalau kau (merujuk diri penulis) bercerita dengan sesiapa, terutama perempuan, macam boleh pergi jauh, tapi kalau saya pula, memang terhenti di tengah jalan!’
Sambil merenung jauh ke arah kaki langit di waktu mendung, disulam dengan gugurnya daun-daun. Pada waktu petang di sekitar Bukit Mahkamah Kuala Lumpur, saya berfikir dalam....... lalu menjawab.
‘Utok.....’ sambil menghela nafas panjang selama 3 saat.
‘Kau pernah kah melihat saya bercerita dan berborak dengan mana-mana perempuan?’
‘Selalu’....Balas Idris
‘Apa yang kami borak?....’ merangsang Idris untuk berfikir
‘Macam-macam, tapi semua benda yang tidak masuk akal dan langsung tidak logik! Kau bercerita tentang cuaca semalam, daun banyak berguguran, ada kes perompak merompak ditengah jalan, cerita pasal mop, kasut tertanggal 1 manik, minta belanja minum air dan banyak lagi benda mengarut yang langsung saya tidak faham!’ Idris menerangkan kekusutannya merungkai permasalahan tersebut.
‘Hah itulah dia....!!! tidak perlu kau berfikir panjang ‘apa yang perlu diceritakan’ kepada mana-mana perempuan agar mereka menyukai kau. Cukuplah dengan bercerita tentang apa jua yang ada di sekeliling kau. Apa jua yang terdetik di fikiran kau pada ketika itu!’ Saya memberi penegasan.
‘Bukan ‘ayat’ tetapi ‘bagaimana kau handle setiap jawapan yang dia berikan’
‘Bukan sebab ayat power...tetapi bagaimana kau melayan setiap perempuan seadanya dengan penuh keyakinan!’ Sambungku.
Dari situlah bermulanya pertukaran mendadak Idris dari lelaki NERD kepada lelaki IDAMAN.
Persoalan
Eh bukankah ini blog CATUR?...apa kena mengena CATUR dengan Idris?
Ini cukup senang.
‘Bukan apakah Opening yang Terbaik...Tetapi bagaimana kita handle Middlegame dan paling penting Ending untuk setiap opening yang ada!!!’
‘Hakikatnya....bukan Sicilian Scheveningen, Queen Indian ataupun King Indian Defense yang terbaik, tetapi bagaimana kita handle Middlegame dan Ending untuk setiap opening tersebut!’
Kalau anda telah cukup mahir dengan Stonewall Formation, mengapa perlu anda bertukar ke opening lain, semata-mata untuk ‘mengalahkan’ lawan anda. Menang kalah setiap opening adalah perkara biasa. Tetapi bilamana anda meninggalkan opening kegemaran anda, automatik anda telah ‘turn off’ menutup ‘komputer catur’ anda selama ini!!!
GM Kotov menerangkan, hanya selepas anda mencapai tahap Master barulah digalakkan untuk mengubah repertoire opening anda kepada lain. Untuk amatur, adalah baik untuk jangka masa panjang ‘melekat’ kepada satu-satu jenis opening sahaja.
GM Spassky ‘Catur umpama Kehidupan’
Jadilah macam Idris 2011, bukannya ‘ayat power’ tetapi bagaimana kita ‘melayan’ 'mereka'!!!
Ahad, 11 Disember 2011
Posting dan Gambar
Saya banyak menaip artikel untuk tatapan semua. Malangnya banyak saya save dan belum publish. Saya mengambil masa untuk membubuh gambar untuk setiap post. Pada hemat saya, post tanpa gambar adalah kurang menarik. Atas sebab itu, setiap post saya akan selitkan gambar berkenaan post tersebut.
Seperti contoh, entah-entah tiada siapa pun yang baca posting saya yang satu ini lantaran tiada gambar. Hahaha...hingga dilain masa

Tips Melawan 'Komputer'
Di post yang lepas saya ada menerangkan tentang Pawn sebagai Roh Catur. Dan bagaimana susunannya membolehkan kita melawan komputer ataupun lawan yang lebih kuat.
Hari ini saya akan menerangkan salah satu tips melawan komputer dan kadang-kadang saya gunakan untuk melawan musuh yang lebih kuat.
'Fortress' atau dalam bahasa dipanggil sebagai TEMBOK.
Dari wikipedia
'Fortresses pose a problem for computer chess: computers are unable to reason about fortress-type positions except to the extent that their endgame tablebase allows'
Tembok merupakan masalah bagi chess komputer: komputer tidak mampu untuk menghuraikan posisi jenis Tembok melainkan apa yang ada dalam endgame tablebase (data base).
Malahan jika ada pun, sekiranya kita tahu bagaimana membina 'Tembok', komputer tetap tidak mampu berbuat apa-apa.
Untuk huraian lanjut dalam bahasa inggeris, bacalah http://en.wikipedia.org/wiki/Fortress_(chess)
Disini saya akan memperkenalkan seorang kecil cilik yang saya rasakan berbakat besar dalam catur. Saya pernah berlawan dengannya sekali semasa Christmas Rapid 2009 kelolaan Coach Jax Tham di OUG. Adik Aron Teh Eu Wen. Semasa kejohan Amatur Dunia, adik Aron Teh berjaya membina TEMBOK dan memaksa lawan beliau menerima seri, walaupun selepas 'Blunder a piece' (silap memberi 1 pegawai percuma kepada lawan).
http://sabahchess.blogspot.com/2011/10/world-amateur-chess-championship-2011.html
IM Mark Dvoretsky menerangkan bahawa majoriti pemain amatur tidak pernah terfikir untuk membina Tembok, dan kesemua GM tahu idea berkenaan Tembok. Pada hemat saya, sekiranya pemain amatur mempunyai idea Tembok, sekurang-kurangnya ada 1 elemen yang ada pada GM tersemat di dalam diri kita.
Dan atas sebab kebanyakkan 'Theoretical Draw Fortress' (Tembok secara teorinya seri) adalah melibatkan bishop, sebab itu Bishop ending merupakan salah satu Hobi saya di masa lapang. (antaranya Bishop vs Rook, Bishop vs Rook Pawn, Bishop+Knight vs Queen, 2 Bishop vs Queen, Bishop berlawanan warna 'Opposite colour Bishop' dan lain-lain)
Dalam praktikal, walaupun kesemuanya adalah seri, tapi dalam peringkat amatur, melalui pengalaman saya sendiri, sesiapa yang faham 'by hand' (Hafal) 'Theoretical Draw' (Seri secara teori). Peluang untuk menang tersedia di depan mata tanpa disangka-sangka. Seperti contoh, secara purata, 90% Bishop berlawanan warna yang saya mainkan adalah menang di pihak saya sebab kebanyakkan pemain amatur yang saya lawan berputus asa dan tidak tahu cara bertahan yang betul!!!
Saya teringat semasa Kamaluddin Yusof melawan Maamur Abdul Salam semasa salah satu pertandingan di DATCC Team 2010 (Geng Mamak vs 17ChessClub). Posisi yang cukup saya kenal, Philidor Position yang sepatutnya seri tetapi Maamur 'tersilap langkah' dan kemenangan di tangan Kamaluddin Yusof.
Dan posisi yang sama sempat saya ajar kepada rakan saya 'Said MARA' dan membolehkan beliau seri game yang sepatutnya seri.
Selamat ber Tembok!!!

Langgan:
Catatan (Atom)