Rabu, 25 Januari 2012

Kata-kata hari ini...

 Peter Biyiasas became an International Master by studying only two books: Rook Endings by Levenfish and Smyslov (see chess endgame literature#Rook endings), and My 60 Memorable Games by Bobby Fischer


Terjemahan
Peter Biyiasas menjadi IM dengan belajar hanya 2 buku: Rook Endings oleh Levenfish dan Smyslov, dan My 60 Memorable Games oleh Bobby Fischer


Huraian penulis
Kita hanya memerlukan 2 jenis buku untuk menjadi IM.  1 Buku berkenaan Ending dan 1 lagi 60 berkenaan game GM...


saya nak senarai pendek kepada 2 jenis buku untuk saya hafal...moga2 saya akan menjadi IM pulak...hehehe

Dilema...

Assalamualaikum kepada semua...

insyaALLAH...hujung minggu ini...saya akan bertanding di DATCC...

masalahnya...anak saya dah 5 hari masuk wad semenjak hari sabtu yang lepas...kena acute pharyngitis (jangkitan kuman di pharynx yang menyebabkan demam secara tiba-tiba serentak dengan batuk dan selesema)

kakaknya Annaurah Zunnur Ain dan adiknya Annaurah Syahirah pun turut sakit.  Kakak dah nak sembuh...Doktor bagi Erythromycin (antibiotik untuk sakit tonsilitis)... manakala untuk adik, saya cuma bagi ubat demam dan selsema yang saya beli dari farmasi... setakat ini mereka tidak kena teruk sangat seperti anak nombor 2 saya...

saya sukar untuk menumpukan perhatian untuk pertandingan tersebut...dan menyukarkan untuk saya menulis bahan untuk blog saya....

saya mohon kepada semua untuk mendoakan agar anak saya cepat sembuh...

tengahari tadi saya pergi melawat dia...dan doktor suspek ada jangkitan kuman di paru-paru....perlu ambil x-ray untuk mengesahkannya...

dibawah gambar anak saya (saya curi-curi ambil gambar sebab hospital melarang hal sedemikian)....hehehe...

saya harap dia sembuh sebelum pertandingan saya...insyaALLAH....

Annaurah Najiyah